Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ahad, April 17, 2011

SUDAH SAMPAI MASANYA KITA KENA BERSATU!

        Kalau sayang akan agama kita, kalau sayang akan bangsa kita, kalau sayang akan warisan kita, kalau sayang akan politik kita, kita haruslah bersatu. Kita harus melupakan segala perselisihan idea, kita harus melupakan segala sengketa, yang penting kita satukan idea bagi menguatkan agama dan bangsa kita. Kita bukan resis tapi hak memperjuangkan agama dan bangsa harus ada pada diri kita kerana siapa akan bela agama dan bangsa kita, kalau tidak kita. Dalam Al-Quran ada menyebutkan yang bermaksud ; nasib sesuatu bangsa itu tidak berubah melainkan bangsa itu sendiri yang mengubahnya.
        Tolaklah pemimpin yang berkepentingan diri. Tolaklah pemimpin yang suka membuat fitnah. Tolaklah pemimpin yang bercelaru. Tolaklah pemimpin yang suka membuat perbohongan. Tolaklah pemimpin yang ego. Tolaklah pemimpin yang suka memecahkan umat. Dan yang pastinya tolaklah pemimpin yang tidak mahu bersatu.
        Bersatulah bangsaku. Bersatulah UMNO dan PAS. Insya-Allah bangsa kita kuat, agama kita juga kuat. Marilah kita sama-sama kukuhkan silaturahim antara kita.  Marilah kita berpakat, kelak kita juga akan kuat. Tengoklah DAP...dia sudah kuat!
        BERSATULAH BANGSA SEAGAMAKU. Kita Digalakkan Beribadat Dalam Berjamaah Dan Sudah Tentunya Kita Berpolitik Juga Dalam Satu Jamaah. Pastinya kita kuat jika berada dalam SATU Jamaah yang sama.

Tiada ulasan: