Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jumaat, Julai 31, 2009

Haram demo anti-ISA jika timbul huru-hara - Mufti Perak


Malaysiakini: "Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata jika perhimpunan boleh mendatangkan huru-hara, haram bagi mana-mana pihak menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Beliau dipetik berkata, jika undang-undang sudah mengklasifikasikan perhimpunan itu sebagai haram, maka hukumnya menganjur dan menyertai perhimpunan itu adalah haram."
**********************
Pernyataan Mufti Perak ini haruslah diikuti kerana pada pandangan saya, pernyataan ini adalah lahir dari hati yang tulus ikhlas agar demo anti ISA tidak dilaksanakan. Beliau seorang mufti dan tidak berada dipihak mana-mana parti politik sebab beliau tidak berahlikan ahli politik tertentu. Pada saya pernyataan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Pernyataannya lahir dari hati yang tulus ikhlas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pernyataannya adalah berteraskan Islam berdasarkan ilmu yang ada padanya untuk mengelakkan dari berlakunya huru-hara dan kacau-bilau yang tidak menentu dan membuatkan suasana tidak aman.

Khamis, Julai 30, 2009

Lelaki ramai masuk neraka?

HarakahDaily.Net - Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka?: "Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka."

************************
Di petik dari Harakahdaily untuk renungan bersama.
Sila klik Harakahdaily untuk pengetahuan seterusnya.

Khasiat solat secara saintifik


Utusan Malaysia Online - Bicara Agama: "KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik."
*************************
Di petik dari Utusan Malaysia untuk renungan bersama.
Sila klik Utusan Malaysia Online untuk pengetahuan seterusnya.

Patutkah UMNO disumpah???

Pembela: "said...
Kata2 mak pemuda cakna bukanlah berdasar pada ALquraan tetapi hanya sekadar adat bersopan.Bukan bermakna bila mak saudara melarang menyumpah,maka perbuatan itu haram.

Bahasa kasar atau lembut yang diletakkan pada tempat-tempat tertentu adalah tidak bersalahan dengan hukum.

Bagi yahudi dan kafir yang menentang Islam maka selayaknyalah bahasa kasar digunakan.

Kalau peragai macam yahudi pun memang layak disumpah.

Pikir dengan iman bukan dengan akal semata."

*************************
Terima kasih atas ulasan saudara.
Ulasan saudara membolehkan kita bertukar-tukar pendapat. Saya amat mengalu-alukannya kerana bertukar-tukar pendapat adalah salah satu cabang dari ilmu.

Cuma satu saja saya berasa terkilan, iaitu mengapa sumpahan ini dilemparkan kepada orang Islam (UMNO yang rata-ratanya orang Islam) sedangkan orang DAP tidak sedemikian padahal DAP terang-terang menentang Islam (DAP yang rata-ratanya orang kafir) dan sanggup berbaik-baik dan dibuat kawan. Adakah UMNO dianggap yahudi dan DAP dianggap bukan yahudi???
Menyumpah UMNO bermakna menyumpah semua orang Islam yang berahlikan UMNO. UMNO tidak menentang Islam. Layakkah ia disumpah???
Bagi saya, sumpahan ini layak untuk DAP dan tidak layak untuk UMNO. Itupun kalau meyumpah (termasuk juga mencarut) dibenarkan dalam Islam???
Saya mengajukan persoalan ini adalah disebabkan saya amat daif dari segi hukum hakam. Sekiranya saudara berpendapat bahawa menyumpah itu halal sesama orang Islam, terpulanglah kepada saudara kerana pemahaman kita adalah berbeza.

'Menyumpah'. Adakah ia dibenarkan oleh Islam???

Pembela: "said...
Nampak dengan faham adalah 2 perkara berbeza.

Dari ulasan pemuda cakna,jelas kepada kita pemuda cakna masih jauh dari memahami Al Quraan.

Semuga pemuda cakna lebih tekun mempelajari dan memahami Al Quran kerana Al Quraan itu diturunkan oleh ALlah kepada umat manusia,bukan diturunkan oleh ALlah untuk ALlah.
July 29, 2009 8:10 AM"

******************
Terima kasih atas ulasan saudara.
Sememangnya saya tidak faham Al-Quran sepenuhnya. Sebagai orang Islam tentunya sedikit-sedikit ada ilmu mengenai ayat Al-Quran tetapi tidaklah banyak.
Cuma saya teringat masa kecil-kecil dahulu, bila saya menyumpah (maklumlah masa kecil tak tahu apa), emak melarangnya, katanya "tak baik menyumpah" nanti Tuhan marah. Oleh sebab itu saya tidak menyumpah lagi kerana pada pemahaman saya Tuhan marah kepada kita kalau kita menyumpah. Kalau saya tak percaya kata-kata emak, nak percaya kepada siapa lagi. Emak saya juga orang Islam. Takkan dia hendak mengajar anaknya ilmu yang bukan-bukan. Wallahu"alam.

Rabu, Julai 29, 2009

'pergi jahanamlah Umno' wajar - Nik Aziz

"'Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab,' ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
'Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.
'Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.
'Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri,' tambahnya."

****************
Daripada kenyataan di atas, saya dapat menyimpulkan bahawa Tok Guru menyumpah atas alasan Tuhan pun menyumpah.
Bagi saya, Tuhan dan hamba adalah jauh berbeza. Kita bersifat baru dan Tuhan bersalahan bagi yang baru. Bolehkan kita menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan kita. Wallahua'alam.
Saya berharap mufti dan ulamak harus menghuraikan perkara ini. Selagi mufti dan ulamak berdiam diri, selagi itulah perkara ini tidak berkesudahan dan menjadi teka-teki. Takut-takut nanti, perkataan menyumpah akan menjadi mainan bibir-bibir pengikut secara membuta-tuli kerana ia dibolehkan oleh ulamak sendiri.

Sah Nik Aziz seorang 'tok guru politik'

utusan malaysia, 29 Julai 2009
KOTA BHARU 28 Julai - Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat tetapi menolak kerjasama dengan UMNO mengesahkan bahawa beliau adalah seorang 'tok guru politik'.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, ia juga jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz hanya mementingkan politik berbanding perpaduan ummah.
Beliau berkata, jika alasan Perlembagaan yang menjadi ukuran, Kerajaan Pusat telah lama menunaikannya malah turut memberikan 'bonus' kepada Kelantan.
''Kenyataan terbaru ini menunjukkan Nik Abdul Aziz tak boleh pakai lagi sebab terlalu retorik dan lebih mementingkan politik daripada perpaduan ummah, politik lebih daripada segala-galanya.
''Hubungan Kerajaan Pusat dengan negeri sudah lama baik, yang wajib (peruntukan) sudah dapat, yang sunat pun dah diberi seperti soft loan. Jika tidak, Kelantan tidak akan berada seperti hari ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menjelaskan 'salam' yang dihulurkan adalah hanya untuk hubungan di antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat tanpa melibatkan Pas dan UMNO.
Mursyidul Am Pas itu juga mengeluarkan kenyataan keras untuk menegakkan pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan: ''Pergi jahanamlah UMNO''.
Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Nik Abdul Aziz tidak memahami peraturan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri.
''Beliau tidak faham peraturan kerajaan sebab itu dia ingat duit semua kena bagi dekat kerajaan negeri, cuma ada kaedah ada saluran.
''Kerajaan negeri ada saluran, tak boleh tukar kaedah. Sama saja di seluruh negara contohnya di Sabah dan Terengganu ada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) selepas kita menang.
''Negeri lain kita perintah ada juga, cumanya tidak dipanggil JPP, ia diketuai oleh Pegawai Kemajuan Negeri yang datang dari Jabatan Perdana Menteri juga,'' katanya.
Menurutnya, Nik Abdul Aziz hanya berselindung di sebalik watak dan pakaiannya manakala wajah sebenarnya tidak nampak.
Mengulas perkataan jahanam yang digunakan, Alwi berkata, ia sepatutnya dilemparkan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.
''Jahanam adalah sebenarnya neraka untuk orang kafir, Karpal Singh yang patut jahanam sebab dia kata langkah mayatnya dulu sebelum tubuh negara Islam, UMNO tidak pernah menentang Islam.
''Pokoknya Nik Abdul Aziz tidak boleh pakai selepas ini, saya tak nak komen lagi, buang masa, saya hanya berdoa dan memohon agar dia mendapat taufik dan hidayah,'' katanya.
*************
Dipetik dari Utusan Malaysia untuk koleksi penulis.

Nik Aziz tidak ikhlas jalin kerjasama

utusan malaysia, 29 Julai 2009
KOTA BHARU 28 Julai - UMNO Kelantan menyifatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ikhlas untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat yang ditunjangi parti itu sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak manis.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia jelas kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu mendapatkan wang hasil daripada kerjasama yang dijalinkan dan bukannya atas prinsip perpaduan dan kepentingan umat Islam.
Beliau berkata, perkataan 'jahanam' yang digunakan oleh Nik Abdul Aziz tidak mencerminkan sifatnya sebagai seorang alim ulama dan ia seolah-olah sengaja disebut kerana ingin menjatuhkan maruah saudara seagama.
''Nampak macam tak ada keikhlasan, hendak berbaik kerana nak duit dan projek saja... tetapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden UMNO, hendak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam UMNO, ini satu cela terhadap parti.
''Tidak munasabah langsung kata-kata ini datang daripada seorang tok guru... mulutnya bagi saya agak dahsyat. Kalau tidak puas hati dan tak suka pun takkanlah sampai kata pergi jahanam.... kita orang Melayu, orang Islam ada maruah,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam ke-24 anjuran Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (Perasama) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di sini, hari ini.
Semalam Nik Aziz ketika menjelaskan secara mendalam maksud 'salam' yang dihulurkannya Sabtu lalu, berkata, ia hanya melibatkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.
''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas tetapi antara Kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO,'' kata Nik Abdul Aziz.
Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik Kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Kenyataan itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Jumaat ini.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindak tanduk Nik Abdul Aziz juga seolah-olah menunjukkan bahawa beliau tidak memahami bahawa Kerajaan Pusat yang ada hari ini ditunjangi oleh UMNO.
''Saya hairan bagaimana dia (Nik Aziz) boleh membezakan antara Kerajaan Pusat dan UMNO, Kerajaan Pusat ini didukung dan ditunjangi oleh UMNO, jadi nampak seolah-olah dia pokok tak mahu tapi buah nak makan,'' katanya.
Beliau berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Pas dalam soal berkaitan kepentingan rakyat dan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.
''UMNO sentiasa sedia kalau nak berbaik dan berbincang, lihat saja kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mustapa Mohamed.
''Tetapi kalau di sebelah sana (Pas) mempermain dan mempersendakan perkara yang penting, sekali boleh, lepas itu tak boleh, susahlah... tetapi pendirian UMNO tetap sama, kita sedia bila-bila masa, tunggu saat dan ketika kesungguhan serta keikhlasan di sebelah sana,'' katanya.
***************
Dipetik dari Utusan Malaysia untuk koleksi penulis.

Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar

utusan malaysia, 29 Julai 2009
KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.
Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.
"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.
"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas.
Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.
Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.
Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.
"Lupakan saja hasrat tersebut," ujarnya.
******************
Dipetik dari Utusan Malaysia untuk koleksi penulis.

Selasa, Julai 28, 2009

Jangan ikut etika Syaitan


Utusan Malaysia Online - Rencana: "SEPERTI diduga, apabila Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA mengeluarkan kenyataan mengkritik gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam, beliau telah menerima kecaman yang hebat.
Pandangan Harussani tidak lagi dilihat sebagai pendapat seorang ulama yang harus dihormati tetapi beliau dikecam dan dituduh sebagai menyokong UMNO. Segalanya berlaku apabila Harussani menyuarakan kekesalan berikutan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas dan UMNO. Beliau diserang habis-habisan di dalam blog-blog tetapi beliau tidak peduli semua itu.
‘‘Saya bercakap yang hak (benar), dalam Islam mengeratkan silaturahim antara saudara Islam adalah wajib, jadi saya hairan daripada rujukan mana sesetengah pihak itu ambil sehingga sanggup mencela saudara seagama,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD ZIN di pejabatnya di Ipoh, Perak.
Walaupun sekali sekala dalam berhujah, Harussani menyelitkan kata-kata gurauan namun nada beliau sentiasa serius apabila menekankan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Bagi Harussani, masa depan golongan itu dalam semua bidang termasuklah politik akan berhadapan dengan bahaya, jika mereka terus berpecah belah.
Harussani juga kecewa kerana ada sesetengah ahli politik begitu mudah mengeluarkan hujah yang mengelirukan dan mencela sesama Islam. Oleh itu beliau mengingatkan dalam apa pun perkara berkaitan hubungan sesama Islam, jangan sesekali mengikut etika syaitan."
******************
Dipetik dari Utusan Malaysia untuk renungan bersama.

Siapa musuh Tok Guru?

Tok guru boleh berbaik dengan sami buddha?

Tok guru boleh berbaik dan berunding dengan Lim Kit Siang?

Tok guru boleh kata bagus kepada Lee Kuan Yew?


Utusan Malaysia Online - Politik: "KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''
Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.
Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam."

Daripada kata-kata Tok Guru ini dapatlah disimpulkan bahawa :
Tok Guru tidak mahu berbaik dengan UMNO dimana rata-rata ahli-ahlinya orang-orang Melayu dan Islam.
Lupakah Tok Guru bahawa dia juga Melayu dan Islam?
Tahukah Tok Guru jika Melayu lemah, Islam juga turut lemah! Bagaimana nak mendaulatkan Islam kalau orang Islam berpecah?

Wajib pertahan hak Islam


Utusan Malaysia Online - Bicara Agama: "Mengikut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Bagaimanapun, ada ketikanya, berlaku krisis apabila umat Islam mempertahankan hak-hak tertentu dengan sebilangan orang bukan Islam.
Antara pertikaian yang biasa kita dengar ialah perebutan mayat orang mualaf, perebutan anak apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam dan juga penyebaran agama lain kepada umat Islam.
Walaupun setakat ini, pertikaian yang berlaku berjaya diatasi namun, adalah penting bagi kita mengetahui apa sebenarnya peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan berkaitan umat Islam.
Allah berfirman yang maksud-Nya: Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu. (al-Maidah: 3)"
*************
Hanya untuk renungan kita bersama.
Untuk pemahaman lanjut klik Utusan Malaysia Online di atas.

Khamis, Julai 23, 2009

Haram Majlis Pegang Lilin


"Pegang lilin haram di sisi Islam: Harussani

SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes.

Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu.

“Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka.

“Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya.

Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.

Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock."

Tidak Patut Sertai Majlis Nyalaan Lilin


"KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?"

Rabu, Julai 22, 2009

Antara 2 Bungalow Menteri Besar

Bungalow Khalid Ibrahim
Bungalow Khir Toyo

Antara kedua-duanya adalah mewah dan memakan kos berjuta-juta. Tetapi mengapakah bungalow Khir Toyo saja menjadi isu pihak pembangkang? Sepatutnya bungalow Khalid juga dijadikan isu untuk berlaku adil. Kita tidak boleh menyembunyikan isu puak kita sedangkan puak orang lain diuar-uarkan.
Bagi saya buatlah bungalow sebesar manapun asalkan mampu dan menggunakan duit halal adalah tidak menjadi hal. Kita yang tak mampu berbuat demikian usahlah dengki mendengki dan tuduh-menuduh yang bukan-bukan.

Selasa, Julai 21, 2009

Kuatkah ISLAM dengan PERSEPAKATAN ini?




Jika MEMERTABATKAN ISLAM diuar-uarkan..........,
Adakah persepakatan ini akan membuatkan Islam dapat ditegakkan di negara kita?
Sekiranya Pakatan Rakyat dapat berkuasa, adakah Hukum Hudud akan dapat dijadikan KENYATAAN dan bukan ANGAN-ANGAN lagi?
Apakah kerajaan ini boleh dipanggil dengan KERAJAAN ISLAM dan tidak SEKULAR lagi?
Sekiranya YA, anda adalah orang Islam yang paling BIJAK memilih!
Tetapi sekiranya TIDAK, anda dan anak cucu anda adalah orang Islam paling MENYESAL kerana KESILAPAN memilih!

Fikirlah dengan HATI dan JIWA yang TENANG sebagaimana orang BERIMAN bukan EMOSI dan PERASAAN yang dibayangi SYAITAN.
Jangan mudah diperdayakan dengan kempen dan kata manis pemimpin politik. Kita semua orang Islam nak masuk syurga belaka tetapi manusia tak boleh beri pahala dan dosa, manusia tak boleh beri syurga atau neraka.
Pahala dan dosa, syurga dan neraka adalah milik Allah dan Dialah yang akan beri kepada sesiapa yang berhak mengikut apa yang Allah janjikan dalam Al-Quran dan Hadis.
Tidak memadai kalau kita mencari pahala dengan memangkah sesuatu parti dalam pilihan raya sedangkan perkara-perkara lain yang melibatkan pahala kita tidak peduli.
Sudah terang lagi bersuluh kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah sudah tentulah PKR jadi leadernya. Maka harapan PAS nak tubuh Kerajaan Islam adalah sia-sia. Ini adalah kerana kita sudah kenal siapa DAP dan siapa PKR di mana ahlinya ramai dari kalangan orang bukan Islam. Adakah orang bukan Islam akan menyokong untuk mendaulatkan undang-undang Hudud? Pastinya TIDAK!!!
Tetapi mengapa pemimpin PAS beria-ia mengatakan kalau menyokongnya maka Kerajaan Islam menjadi kenyataan padahal dia tahu sememangnya tidak dapat dilaksanakan? Adakah ini tidak termasuk dalam hal menipu rakyat kerana rakyat akan percaya bulat-bulat di atas kata-kata pemimpin yang bergelar ulamak?
Saya penuh insaf mengakui bahawa untuk membentuk negara Islam yang berhukum Hudud tidak semudah yang diuar-uarkan kerana banyak rintangannya di negara yang berbilang kaum dan agama ini.
Persepakatan ini adalah tak lain dan tak bukan kerana ingin mencari pengaruh dan merebut kuasa, ... menjadi PM,...menjadi Menteri Besar, .... dan apa-apa lagi yang boleh mendatangkan laba, .... mendaulatkan Islam hanya akan tinggal slogan saja!

Ahad, Julai 19, 2009

BERSATULAH BANGSAKU

MESEJ DARIPADA MUFTI

MUFTI PERAK TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA MENASIHATKAN ORANG ISLAM KHUSUSNYA ORANG MELAYU BAHAWA MEREKA AKAN HILANG KETUANAN DI NEGARA INI SEKIRANYA MEREKA TIDAK BERSATU. JIKA BANGSA MELAYU BERPECAH MAKA ISLAM JUGA HILANG KETUANANNYA. AJARAN ISLAM MENYERU UMATNYA SUPAYA BERSATU.

Saranan mufti ini haruslah kita ambil perhatian. Untuk menegakkan agama, kita haruslah bersatu sesama Melayu kerana orang Melayu kebanyakannya beragama Islam. Kalau Melayu teguh maka akan teguhlah Islam di negara ini. Islam tak dapat ditegakkah dengan perpecahan sesama Islam. Kuat Melayu kuat Islam.
Berkawan dengan bangsa lain tak dapat nak teguhkan syariat Islam kerana mereka takkan mengerti kebenaran agama Islam. Cita-cita orang Islam untuk menegakkan syariat Islam akan menjadi akan menjadi angan-angan saja jika bergantung dengan bangsa lain. Islam tertegak kerana kuatnya orang Islam.

RENUNGKANLAH ......!

Selasa, Julai 14, 2009

Majoriti 65 undi PAS pilihan rakyat Manek Urai





Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah memenangi Pilihan Raya Kecil Manek Urai mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti tipis 65 undi (majoriti nyawa-nyawa ikan). Calon PAS mendapat 5,368 manakala calon BN mendapat 5,283. Dengan keputusan itu bermakna kemorosotan majoriti PAS sebanyak 1287 undi. Boleh dikatakan rakyat Manek Urai semakin menerima pembaharuan dan isu pembangunan yang diuar-uarkan oleh BN.
Walaupun demikian, ada setengah berpendapat walaupun BN kalah tetapi kalahnya bermaruah. Ini adalah satu petanda rakyat semakin menerima BN. Ia juga satu kemenangan moral kepada BN. Pada pilihan raya 2008 PAS menang dengan majoriti 1,352 undi manakala pada pilihan raya ini majoriti hanya 65 undi sahaja.

BN menang di lima pusat pengundian iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.
PAS pula menang empat pusat pengundian iaitu Lata Rek, Peria, Chuhuh Puteri dan Sungai Sok.
Mungkin PAS walaupun menang tetapi tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan mengapa jumlah penyokongnya semakin merosot? Ada sesuatu yang tidak kena PAS buat yang membuatkan undinya pada kali ini jatuh menjunam.

Menuduh BN mengamalkan rasuah dengan kemerosotan ini adalah tidak tepat. Kalau tuduh juga seolah-olah menyalahkan rakyat yang pelahap duit untuk memangkah. Perlu disedari rakyat tidak boleh dituduh begitu kerana rakyat sekarang telah berpelajaran sekurang-kurangnya seperti calon PAS ataupun lebih tinggi sehingga mendapat diploma dan ijazah. Undi mereka tidak boleh dibeli melainkan mungkin mereka memakai nasihat kata-kata orang tersohor iaitu 'Beri gula kacau, beri duit ambil tapi pangkah belum tentu'. Kena buat pemilihan bijak.


Pada saya kemenangan PAS ini adalah sudah ketentuan dari Allah. Kedua-duanya haruslah sedar mengapa menang dan mengapa kalah? Ambillah iktibar daripadanya.
Yang pastiya rakyat Manek Urai sudah boleh menerima pembaharuan dan isu-isu yang diuar-uarkan oleb BN. Golongan muda pula mula beralih arah.

Ahad, Julai 12, 2009

Siapa Pilihan Rakyat Manek Urai?

Adakah jambatan ini yang dimaksudkan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin?, sekiranya rakyat memilih UMNO dalam pilihan raya ini maka jambatan ini akan diganti dengan jambatan baru yang lebih besar.
Adakah rakyat Manek Urai menerima sahutan Muhyiddin ini? Terpulanglah kepada rakyat di Manek Urai kerana kuasa memilih di tangan mereka.Siapakah yang menjadi pilihan rakyat Manek Urai? Adakah UMNO ataupun PAS?
Tiada siapa yang tahu melainkan selepas pengundian pada 14 Julai 2009 ini.
Apa-apapun kita mengharapkan semoga rakyat Manek Urai bijak memilih siapa yang boleh membawa kemajuan dan pembaharuan kepada penduduk di Manek Urai. Mungkinkah
rakyat memilih kekal seperti sedia ataupun orang Kelantan panggil 'serupo sekalo'.
Terpulanglah kepada rakyat Manek Urai kerana mereka akan menentukannya.
Namun juga kita tidak boleh lari dari takdir yang ditentukan oleh ALLAH. ALLAH boleh menentukan segalanya.
Selamat Mengundi.

Untuk RENUNGAN rakyat yang beragama Islam

Video siapa sebenarnya Nizar di YouTube!

Saya amat terkejut dan berdukacita bila melihat sedutan video dan mendengar kata-kata bekas Menteri Besar Perak iaitu Ir. Hj. Mohammad Nizar dari PAS semasa perbahasan di DUN Perak kali pertama apabila ditanya mengenai Undang-undang Islam dan hukum Hudud.
Ir. Nizar dengan megah berkata, "Dimanakah... dalam mana-mana transkrip yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam? Saya minta pandangan dan minta jawapan".
Daripada kata-kata Nizar itu,
rupa-rupanya negara Islam yang dilaungkan oleh PAS tiada dalam transkrip PAS.
Apa ertinya semua ini?
Kalau begitu ternyata negara Islam yang dilaung-laungkan oleh PAS adalah satu laungan kosong (di negeri Perak).
Tak perlulah saya mengulas lebih lanjut.
Fikirlah wahai rakyat malaysia dengan jiwa yang tenang tentang perkara ini.
Untuk tonton video tersebut sila klik di sini.

Sabtu, Julai 11, 2009

Luahan PERASAAN Rakyat


Terciptanya gambar sebegini adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan pembinaan BERHALA yang terdapat di negeri Kelantan.

Saya memohon maaf kerana mengambil gambar ini untuk dipostingkan di sini. Saya memaparkan di sini adalah untuk menginsafkan kita bahawa walaupun pemerintahan ULAMAK di negeri Kelantan tetapi terdiri juga BERHALA seperti ini.

Saya mengharapkan pada masa yang akan datang tidak lagi didirikan BERHALA seperti ini. Kalau buat MASJID dan KUBAHnya sebesar ini adalah lebih baik, sesuai dengan kata-kata kempen MEMARTABATKAN ISLAM.

Inikah ia yang dikatakan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"?????

Jumaat, Julai 10, 2009

BERHALA Gergasi Didirikan Di KELANTAN


Terkejut saya, bila melalui jalan Tawang, Bachok, Kelantan melihat berhala sebesar macam gergasi. Hati saya berdebar-debar, degup jantung saya bergerak kencang seolah-olah tidak percaya bahawa negeri yang dikenali dengan Serambi Mekah dan diperintah oleh Tok Guru yang kuat Islamnya mempunyai BERHALA yang sebesar dan setinggi itu. Dalam fikiran saya apakah ini yang dikatakan 'memertabatkan Islam'. Saya beristighfar banyak-banyak, dan teringat saya pada mula-mula PAS menguasai negeri Kelantan dulu, patung kijang dimusnahkan kerana dikatakan tidak sesuai dengan syariat Islam. Tetapi mengapakah BERHALA sebesar dan setinggi ini diluluskan dan didirikan? Adakah dia sesuai dengan syariat Islam?
Saya meninggalkan tempat ini dengan mengucap panjang. "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah".

Khamis, Julai 09, 2009

Pemansuhan PPSMI


Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin Selaku Menteri Pelajaran tentang pemansuhan PPSMI pada 2012 amatlah wajar kerana perjalanan PPSMI adalah sangat berliku, penuh dengan bantahan. Pemansuhan yang tidak dilakukan dengan secara tergesa-gesa adalah baik untuk mengambil masa merancang bagaimana cara-cara memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris.
Maka patutlah ianya dimansuhkan kerana ia tidak menjadi inspirasi seluruh rakyat. Ada kalanya ia menjadi isu pembangkang.
Pemansuhan ini menepati cogankata yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dimana suara rakyat didahulukan.
Walaupun rancangan ini baik tetapi buat apa diteruskan kerana ia menjadi bantahan rakyat tahun demi tahun. Baik fikir perkara yang lain yang lebih baik dimana semua rakyat tidak mempertikaikannya.

Rabu, Julai 08, 2009

Pengenalan

Blog ini terbina pada 08 Julai 2009. Tidak ada apa yang hendak dipaparkan pada ketika ini. Hanya ingin mengucapkan Salam Kunjungan.
Terima kasih.