Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabtu, Oktober 09, 2010

MASIH TAK PERCAYAKAH LAGI?????

      Selama ini puak PAS tidak percaya dengan pernyataan Muhyiddin mengenai Tengku Razaleigh Hamzah yang bersetuju dengan perlantikan sebagai Pengarah Pilihanraya BN DUN Galas. Hari ini barangkali puak PAS dan PKR jadi meroyan bila pengakuan itu diluahkan oleh empunya badan sendiri.
      Kebanyakan penyokongnya macam  tak percaya bahawa Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas. Sama ada percaya atau tidak hari ini kita sudah mendengar sendiri pengakuan oleh batang tubuh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri.
Masihkah tidak percaya lagi????

Selasa, Oktober 05, 2010

1 LANGKAH BETUL DAN BIJAK

      PERLANTIKAN Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah satu langkah bijak. Ini adalah satu langkah tepat kerana beliau adalah Ketua Bahagian dan mengetahui selok belok kawasan itu dengan lebih baik daripada orang lain.
Nampaknya dengan perlantikan ini lawan merasa gerun. Barangkali ketokohan Tengku Razaleigh di kawasan itu tidak boleh ditanding lagi.
      Saya juga berharap Tengku Razaleigh bukan saja dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya tetapi menjadi calon pula di situ.

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL DI KELANTAN

      Kerusi DUN Galas kosong ekoran kematian ADUN PAS kerana mengidap barah usus. Satu lagi pilihanraya kecil akan di adakan dalam masa yang terdekat ini.
      SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 26 Oktober 2010 dan hari mengundi pada 04 November 2010.
      Seramai 11,553 pemilih berdaftar yang  layak membuang undi pada hari pengundian.  Daripada senarai pemilih itu 127 daripadanya adalah pengundi pos dan 11,426 adalah pengundi biasa.
      DUN Galas ketika ini mempunyai 61.6 peratus pengundi Melayu iaitu 7,125 orang; 2,317 orang (Cina) atau 20.08 peratus dan Orang Asli seramai 1,889 orang atau 16.37 peratus.

Sabtu, Oktober 02, 2010

MENDOAKAN SIKAFIR SEDANGKAN SENGAJA LUPAKAN SIISLAM...MENGAPA?

      Mendoakan pemerintahan sikafir sedangkan melupakan pemerintah Islam dalam mimbar jumaat, bagi saya adalah tidak patut. Mengapa terjadinya sedemikian? Kalau hendak berdoa juga, doalah secara bersendirian.
      Kalau dulu mereka ini membenci sikafir tetapi sekarang rela menjadikan kawan semata-mata kerana ingin sama-sama untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.
      Kalau dulu pernah menempelak BN yang membuat perkongsian dengan bukan Islam seperti MCA dan MIC, dan dikatakan jika berkawan dengan sikafir, kita juga akan menjadi kafir tetapi anggapan tersebut sudah berlainan sekarang.
      Orang UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sudah bepuluh-puluh tahun lamanya yang dari dulu hingga sekarang tidak pernah mendoakan begitu tetapi orang PAS yang baru saja berkawan dengan DAP sanggup buat sedangkan ramai orng Islam tidak berani buat. Begitulah barangkali kalau sudah kemaruk dengan kuasa.
      Suatu masa dulu, Haji Hadi pernah menulis dalam amanatnya :
Kita menentang BN kerana namanya BN tetapi kita menentang BN kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan perlembagaan kafir, mengekalkan perlembagaan jahiliah.......,
tetapi sekarang mereka sudah lupa, mereka sendiri pula yang berkawan dan mereka pula memulakan mendoakan sikafir seolah-olah bangga dengan pemerintahan sikafir dan ingin mengekalkan kedudukannya,
....apakah itu tidak bersekongkol dengannya?