Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Khamis, Disember 22, 2011

Arah Tuju Perjuangan PAS dah TERGELINCIR

Saya percaya dengan kata-kata Hassan Ali bahawa perjuangan partinya sekarang telah tergelincir.daripada perjuangan asal. Perjuangan asalnya adalah ke arah menubuhkan negara Islam tetapi sekarang sudah bertukar kepada menubuhkan negara kebajikan.


Beliau berpendapat negara berkebajikan sepatutnya tidak perlu menjadi pegangan PAS kerana negara lain yang bukan Islam di dunia ini pun boleh melaksanakan pegangan ini.


Jadi, apa bezanya PAS daripada parti yang lain?

Selasa, April 19, 2011

VIDEO SEKS MIRIP ANUWAR : SAYA PERCAYA!


Saya melihat video permulaan selama 1 minit 47 saat itu di internet. Setelah saya melihatnya, saya mendapati wajah lelaki yang ada bersama perempuan cina di dalam video itu memang menyerupai mirip wajah anuwar. Saya mempercayainya bahawa ia adalah anuwar berdasarkan raut wajah dan gerak lakunya macam anuwar. Kalau boleh dibuktikan bahawa ada seorang lagi klon anuwar, barulah saya tidak mempercayai bahawa itulah anuwar. Setahu saya anuwar tidak ada saudara kembar.

Selain dari itu mengapa saya percaya?

1. Datuk Shazryl Eskay adalah kawan anuwar. Dia lebih tahu mengenai anuwar terutama hal-hal luar rumah kerana kawan karib biasanya lebih tahu hal-hal di luar daripada seorang isteri yang biasanya lebih tahu hal-hal yang berkaitan di dalam rumah. Tidak mungkin anuwar membawa isterinya jika ia hendak melakukan sesuatu perkara yang tidak manis lebih-lebih lagi perkara seperti ini. Lagipun Datuk Eskay kerap bersama anuwar. Dia juga pernah pergi ke Thailand bersama anuwar. Dia juga pernah memberi 5 persoalan kepada anuwar untuk anuwar jawab. 5 persoalan tersebut ialah:
                     i. sejak 2 tahun lalu, berapa kali anuwar pergi ke thailand?
                     ii. siapa yang menyambut anuwar di thailand?
                     iii. di hotel manakah anuwar menginap?
                     iv. apa anuwar buat di bilik hotel tersebut?
                     v. siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Anuwar tidak menjawab 5 persoalan ini. Mengapa? Sudah tentu ada sesuatu yang disembunyikan atau ada perkara rahsia yang kita tidak tahu tetapi patut tahu.

2. Datuk Shazryl Eskay memberitahu bahawa dia diminta oleh anuwar untuk mencari jamnya yang dikatakan tercicir dan menemui jam tangan Omega bersama pelacur cina itu dan juga menjumpai rakaman video tersebut di sebuah bilik hotel yang digunakan oleh anuwar.
Gambar hiasan
3. Anuwar berkata jam tangan Omega itu berada pada simpanan isterinya Wan Azizah tetapi setakat hari ini Wan Azizah tidak menunjukkan jam tangan tersebut kepada umum. Mengapa susah sangat nak tunjuk jam itu?
Sebabnya, jam itu tidak ada di tangannya, macam mana nak tunjuk?
Kalau ada, pasti ditunjukkan kerana mempamerkan jam tidak berdosa kerana jam bukannya aurat!
Adalah tidak patut menyembunyikan jam itu dan membuat ramai orang menjadi was-was dan tertanya-tanya.

4. Video ini telah disahkan tulen oleh KPN.

Ketulenan video ini tidak perlu di was-was lagi.

5. Seandainya perkara ini tidak betul atau fitnah, mengapa anuwar tidak dakwa saja Datuk Eskay itu? Bukankah anuwar suka dengan dakwa-mendakwi ini?

6. Dalam video ini Datuk Eskay mengaku bahawa gambar beliau ada di dalamnya. Maka Datuk Eskay pasti tahu apa sebenarnya berlaku.
Habis apa lagi yang kita nak kata.


7. Trio Datuk T tidak takut dengan tindakan undang-undang kerana menayangkan video tersebut malahan sanggup bersumpah laknat dimana sahaja termasuk di depan kaabah untuk membuktikan pendedahan rakaman video seks itu benar.
Berani kerana benar, takut kerana salah. Berani buat berani tanggung.

8. Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. Pihak Polis juga telah mengenal pasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.




Kalau kita tanya anuwar dan keluarganya, tentulah mereka kata tidak!
Siapa nak mengaku hal begini beb!

Sebab itu di akhirat nanti, di mahkamah Allah, Tuhan akan mengunci mulut dan bertanyakan kepada anggota badan yang lain, apakah yang kamu buat di atas dunia ini?
Teryata Allah Maha Mengetahui hal-hal mengenai manusia kerana Ia menciptakan makhluk di bumi dan di langit. Allah mengetahuinya, kalau dibiarkan mulut boleh bercakap, pastinya mulut akan berbohong walaupun di depan Tuhannya sendiri.

Lihatlah gambar ini dan carilah persamaannya ;


Anwar sendiri mengaku bahawa wajah dalam video tersebut mirip wajahnya, tetapi perutnya saja yang tidak sama.
Tidak terfikirkah kita bahawa pengecaman pertama yang kita lihat adalah wajah seseorang itu, bukan kita melihat perutnya.

Kalau bukan wajah menjadi ukuran pengecaman kita, maka saya syorkan gambar yang kita lekatkan pada identiti kita seperti kad pengenalan, bubuh gambar perut saja, bukan wajah!

1malaysia RAKYAT yang menyokong harus DIDAHULUKAN!

Rakyat yang menyokong dan mendokong kita harus di dahulukan.
Belalah orang yang menyayangi kita dahulu dari membela orang yang membenci kita kerana dengan membela orang yang menyayangi lebih utama daripada membela orang yang membenci kita.

Benci lawan benci. Sayang lawan sayang.
Tiada maknanya sayang kepada orang yang bencikan kita tetapi amat bermakna jika kita sayang kepada orang yang sayangkan kita.

Kalau orang dah benci, walaupun kita memberi bunga sekalipun, dia tak pandang lagi. Pemberian kita tiada ertinya umpama memberi sekuntum bunga kepada seekor beruk. Beruk itu akan merenyuk-renyukkan bunga itu hingga hancur. Dia tidak menciumnya sekali-kali malahan diinjak-injakkannya dengan kaki. Tiada maknanya semua itu, malahan ia akan menyakitkan hati kita.

Harus kita ingat...
Andainya pada hari ini kita tidak peduli kepada orang yang sayangkan kita, mungkin besok dia akan lebih benci daripada orang yang benci kita pada hari ini. Kita harus menjaga hati orang yang sayangkan kita lebih daripada menjaga hati orang yang bencikan kita.

PRN Sarawak telah membuktikan segalanya. Ia sedikit-sebanyak melambangkan PRU 13. Justeru itu, jagalah hati mereka yang menyokong. Jangan pedulikan kepada yang membangkang kerana kadang-kadang kita harus memberi pengajaran kepada mereka. Pengalaman beberapa pilihanraya kecil membuktikannya! Semakin kita memberi semakin dia membenci kita.
Salahkah kita?

APA KATA RAJA PETRA SEKARANG?

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja.

Sudah menjadi keraguan kepada kita kerana apa yang dikatakan dulu dan sekarang agak berlainan.
Maka kita harus fikirkan bahawa tuduhan terhadap Najib itu adalah suatu fitnah dan semata-mata sebuah rancangan yang ingin menjatuhkan reputasi Najib dan Rosmah.

Ahad, April 17, 2011

SIAPA YANG TUMBANG DI SARAWAK?

Sebenarnya PAS yang tumbang di Sarawak!


PRK Sarawak 16.04.2011....5 kerusi PAS bertanding di Sarawak tapi kelima-limanya kalah.
Mengapa doa Nik Aziz tidak dimakbulkan?
Allah yang mengetahui segalanya sedangkan kita tidak tahu disebaliknya...
Keputusan ini dibuat oleh pengundi di Sarawak dan ianya adalah takdir Allah jua.
Kita harus terima takdir Allah. Sudah tentu ada sebabnya kerana ditakdirkan sedemikian.
Kalau PAS betul-betul serius ingin tegakkan syiar ISLAM, PAS kena letakkan semua calonnya untuk lawan di semua DUN Sarawak. BUKAN 5 SAHAJA dan 5 itu pun lawan ISLAM dengan ISLAM.
Kalau PAS menang kelima-lima  DUN yang ditandinginya, PAS tidak boleh buat apa-apa. Tidak boleh ubah apa-apa. Tidak boleh beri apa-apa. Barangkali sebab itulah Allah tidak menangkan PAS.
Dan jangan sekali-sekali salahkan tuhan pula! Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui.

SUDAH SAMPAI MASANYA KITA KENA BERSATU!

        Kalau sayang akan agama kita, kalau sayang akan bangsa kita, kalau sayang akan warisan kita, kalau sayang akan politik kita, kita haruslah bersatu. Kita harus melupakan segala perselisihan idea, kita harus melupakan segala sengketa, yang penting kita satukan idea bagi menguatkan agama dan bangsa kita. Kita bukan resis tapi hak memperjuangkan agama dan bangsa harus ada pada diri kita kerana siapa akan bela agama dan bangsa kita, kalau tidak kita. Dalam Al-Quran ada menyebutkan yang bermaksud ; nasib sesuatu bangsa itu tidak berubah melainkan bangsa itu sendiri yang mengubahnya.
        Tolaklah pemimpin yang berkepentingan diri. Tolaklah pemimpin yang suka membuat fitnah. Tolaklah pemimpin yang bercelaru. Tolaklah pemimpin yang suka membuat perbohongan. Tolaklah pemimpin yang ego. Tolaklah pemimpin yang suka memecahkan umat. Dan yang pastinya tolaklah pemimpin yang tidak mahu bersatu.
        Bersatulah bangsaku. Bersatulah UMNO dan PAS. Insya-Allah bangsa kita kuat, agama kita juga kuat. Marilah kita sama-sama kukuhkan silaturahim antara kita.  Marilah kita berpakat, kelak kita juga akan kuat. Tengoklah DAP...dia sudah kuat!
        BERSATULAH BANGSA SEAGAMAKU. Kita Digalakkan Beribadat Dalam Berjamaah Dan Sudah Tentunya Kita Berpolitik Juga Dalam Satu Jamaah. Pastinya kita kuat jika berada dalam SATU Jamaah yang sama.

Jumaat, November 05, 2010

BISANYA TENGKU RAZALEIGH

      Kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Galas membuatkan penyokong PAS menangis. Betapa bisanya pengaruh Tengku Razaleigh yang membuatkan orang PAS tidak senang hati sejak awal-awal lagi bermulanya ura-ura perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Galas.
      Ternyata BN memilih Ku Li sebagai pengarah pilihanraya di Galas tidak sia-sia dan Tok Pa yang menyerahkan kepada Ku Li tidak sepandir yang disangkakan oleh penyokong PAS.

Bisanya Ku Li dapat merampas Galas kembali. Penyokong Bulan kini menangis di Galas.