Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jumaat, November 05, 2010

BISANYA TENGKU RAZALEIGH

      Kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Galas membuatkan penyokong PAS menangis. Betapa bisanya pengaruh Tengku Razaleigh yang membuatkan orang PAS tidak senang hati sejak awal-awal lagi bermulanya ura-ura perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Galas.
      Ternyata BN memilih Ku Li sebagai pengarah pilihanraya di Galas tidak sia-sia dan Tok Pa yang menyerahkan kepada Ku Li tidak sepandir yang disangkakan oleh penyokong PAS.

Bisanya Ku Li dapat merampas Galas kembali. Penyokong Bulan kini menangis di Galas.

Sabtu, Oktober 09, 2010

MASIH TAK PERCAYAKAH LAGI?????

      Selama ini puak PAS tidak percaya dengan pernyataan Muhyiddin mengenai Tengku Razaleigh Hamzah yang bersetuju dengan perlantikan sebagai Pengarah Pilihanraya BN DUN Galas. Hari ini barangkali puak PAS dan PKR jadi meroyan bila pengakuan itu diluahkan oleh empunya badan sendiri.
      Kebanyakan penyokongnya macam  tak percaya bahawa Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas. Sama ada percaya atau tidak hari ini kita sudah mendengar sendiri pengakuan oleh batang tubuh Tengku Razaleigh Hamzah sendiri.
Masihkah tidak percaya lagi????

Selasa, Oktober 05, 2010

1 LANGKAH BETUL DAN BIJAK

      PERLANTIKAN Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah satu langkah bijak. Ini adalah satu langkah tepat kerana beliau adalah Ketua Bahagian dan mengetahui selok belok kawasan itu dengan lebih baik daripada orang lain.
Nampaknya dengan perlantikan ini lawan merasa gerun. Barangkali ketokohan Tengku Razaleigh di kawasan itu tidak boleh ditanding lagi.
      Saya juga berharap Tengku Razaleigh bukan saja dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya tetapi menjadi calon pula di situ.

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL DI KELANTAN

      Kerusi DUN Galas kosong ekoran kematian ADUN PAS kerana mengidap barah usus. Satu lagi pilihanraya kecil akan di adakan dalam masa yang terdekat ini.
      SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 26 Oktober 2010 dan hari mengundi pada 04 November 2010.
      Seramai 11,553 pemilih berdaftar yang  layak membuang undi pada hari pengundian.  Daripada senarai pemilih itu 127 daripadanya adalah pengundi pos dan 11,426 adalah pengundi biasa.
      DUN Galas ketika ini mempunyai 61.6 peratus pengundi Melayu iaitu 7,125 orang; 2,317 orang (Cina) atau 20.08 peratus dan Orang Asli seramai 1,889 orang atau 16.37 peratus.

Sabtu, Oktober 02, 2010

MENDOAKAN SIKAFIR SEDANGKAN SENGAJA LUPAKAN SIISLAM...MENGAPA?

      Mendoakan pemerintahan sikafir sedangkan melupakan pemerintah Islam dalam mimbar jumaat, bagi saya adalah tidak patut. Mengapa terjadinya sedemikian? Kalau hendak berdoa juga, doalah secara bersendirian.
      Kalau dulu mereka ini membenci sikafir tetapi sekarang rela menjadikan kawan semata-mata kerana ingin sama-sama untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.
      Kalau dulu pernah menempelak BN yang membuat perkongsian dengan bukan Islam seperti MCA dan MIC, dan dikatakan jika berkawan dengan sikafir, kita juga akan menjadi kafir tetapi anggapan tersebut sudah berlainan sekarang.
      Orang UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sudah bepuluh-puluh tahun lamanya yang dari dulu hingga sekarang tidak pernah mendoakan begitu tetapi orang PAS yang baru saja berkawan dengan DAP sanggup buat sedangkan ramai orng Islam tidak berani buat. Begitulah barangkali kalau sudah kemaruk dengan kuasa.
      Suatu masa dulu, Haji Hadi pernah menulis dalam amanatnya :
Kita menentang BN kerana namanya BN tetapi kita menentang BN kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan perlembagaan kafir, mengekalkan perlembagaan jahiliah.......,
tetapi sekarang mereka sudah lupa, mereka sendiri pula yang berkawan dan mereka pula memulakan mendoakan sikafir seolah-olah bangga dengan pemerintahan sikafir dan ingin mengekalkan kedudukannya,
....apakah itu tidak bersekongkol dengannya?

Selasa, Ogos 31, 2010

BIARLAH BERPADA-PADA.....

      Tidak mengapa berbaik-baik dengan yang bukan islam tetapi biarlah berpada-pada. Berbaik-baik sehingga sampai membawa ke rumah ibadat kita dan memberi tazkirah pula kepada kita adalah tidak molek. Sepatutnya kita yang memberi takzkirah kepadanya.
      Rumah ibadat kita adalah tempat kita menyembah Allah swt. Tempat kita sujud kepada Allah, janganlah sampai membenarkan orang bukan islam memijaknya kerana dikhuatiri kesucian tubuhnya dari segi syarak.
      Orang Islam yang berhadas besar dilarang memasuki masjid apatah lagi kalau orang bukan islam yang tak pernah mandi junub memijak ruangan solat tempat kita sembahyang.


Pendapat Fathul Bari Mat Jahya (Penasihat Agama IJN) :
Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.
Kata al-Imam al-Nawawi lagi: "Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan." (lihat Majmu' Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).
Adapun firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini". (surah al-Taubah, 9:27),
Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.
Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.


Pendapat YB. Zulkifli Nordin (AP Bebas Kulim Bandar Baru):
Agak ironis seorang ilmuan saperti Ustadz Fathul Bari tidak dibenarkan memasuki surau dan masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi yang menentang Islam bukan sahaja boleh masuk tempat utama solat, malah dibenar bertazkirah sambil memijak tempat sujud umat Islam yang tanpa segan malu menhulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini.

Rabu, Ogos 18, 2010

BILA MELAYU TAK BERSATU SIAPA YANG UNTUNG?

Marilah kita sama-sama fikirkan :
Padahnya bila orang Melayu berpecah....Orang Cina bersatu di dalam senyap-senyap....Melayu RUGI dan bangsa lain UNTUNG....



Rabu, Julai 21, 2010

MENGAPA ORANG MELAYU SENDIRI TIDAK MAHU BERSATU?

      Ternyata orang Melayu sendiri menolak perpaduan Melayu dan pastinya perpaduan Melayu tidak akan terhasil sepertimana yang dicadang oleh Mufti Perak.
      Berdasarkan kepada kenyataan Mahfuz, maka jelaslah pemimpin PAS ini mementingkan partinya daripada kepentingan bangsanya.
      Pakatan rakyat telah memerintah 4 buah negeri iaitu P.Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.
Di Pulau Pinang dan di Selangor, adakah kuasa orang Melayu dipelihara?
PAS hanya melihat saja kuasa melayu di permainkan?
      Kuasa Melayu tidak dipedulikan oleh PAS kerana Nik Aziz sendiri mengatakan orang Islam bukan Melayu boleh menjadi MB dan kenyataan terbarunya beliau tidak bangga menjadi Melayu.
      Nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah melainkan bangsa itu mengubahnya....
Apakah menjadi kesalahan jika berbangga dengan bangsa sendiri?
sedangkan nabi juga berbangga dengan bangsanya!
      Orang Melayu sendiri tidak mahu bersatu kerana ia mempunyai sifat egonya tersendiri.  Masing-masing dengan pendapat masing-masing.
      Dan sampai bilapun Melayu tidak akan bersatu....



Isnin, Julai 19, 2010

SUKARNYA PERPADUAN MELAYU

Pada saya penyatuan Melayu tidak akan dapat dilaksanakan pada masa ini kerana PAS tidak menyambutnya dengan tangan terbuka.Ternyata pemimpin PAS berdolak dalik dalam isu perpaduan Melayu. Mereka telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh Mufti Perak Tan Sri Harusani.
Terserah kepada orang Melayu untuk menentukan kedudukan nasib mereka. Nasib Melayu di tangan orang Melayu sendiri.

Ahad, Julai 18, 2010

SEDIH!...JIKA MELAYU HILANG KUASA PRU 13???

Apa yang dikatakan oleh Harusani adalah betul bila diamati keadaan politik semasa ini. Pemimpin-pemimpin Melayu sekarang tidak lagi mempedulikan lagi nasib orang Melayu. Barangkali ada setengah-setengah orang Melayu sendiri tidak mempedulikan nasib mereka. Orang Melayu sendiri tidak pentingkan dan tidak mempedulikan nasib orang Melayu. Sebab itulah barangkali mufti Perak memperkatakan begitu.

Kita tidak boleh menyalahkan bangsa lain kerana bangsa kita sendiri inginkan sedemikian rupa. Kalau pemimpin Melayu dan orang Melayu sendiri tidak mempedulikan nasib Melayu....terimalah akibatnya nanti...

Sedih, kerana perpecahan Melayu akibat daripada keegoan dan mementingkan kuasa politik individu bagi pemimpin Melayu, Melayu hilang kuasa...

Kepada rakyat...
tolaklah pemimpin yang tidak mahu kepada perpaduan Melayu...


Kalau Melayu hilang kuasa...Islam juga turut sama...

Rabu, Julai 14, 2010

ALHAMDULILLAH, KALAU UMNO DAN PAS BERSATU

Tahniah kepada golongan agama yang bersedia untuk menyatukan UMNO dan PAS. Apa salahnya UMNO dan PAS bersatu kerana kedua-dua golongan ini adalah rata-ratanya orang Melayu/Bumiputera yang beragama Islam. Bersatu UMNO dan PAS adalah Bersatunya Islam.

Tapi sayang ada dikalangan pemimpin terutama dalam PAS tidak suka dengan penyatuan ini.

Tidak sukakah kalau Melayu kuat, Islampun kuat?

Selasa, Julai 13, 2010

AMANAT YANG MEMAKAN DIRI....

Tapi sekarang ini....


PAS sanggup bersekutu dengan DAP dan PKR....
sedangkan membenci UMNO...
Adakah DAP dan PKR ini akan menukarkan perlembagaan kepada perlembagaan Islam?
Lihatlah negeri yang mereka perintah...
Mereka telah perintah Kelantan, P.Pinang, Kedah, Selangor...
Adakah undang-undang negeri dipinda mengikut syariat Islam?
Judi tak adakah?
Arak tak adakah?
Rumah-rumah urut tak adakah?
Bersekutu dengan PKR dan DAP, adakah merupakan Jihad?
Adakah memperjuangkan Islam sebenarnya?
Arak tak adakah di Selangor?
Arak tak adakah di P. Pinang?
Arak tak adakah di Kedah?
Arak tak adakah di Kelantan?


Politik suku Agama suku...
adakah DAP dan PKR tidak memperaktikkannya?
....lalu PAS menjadi sahabatnya....




Jawablah sendiri apa yang ditanya tadi....
Apakah sebenarnya amanat itu?


...sedangkan orang yang memberi amanat telah melanggar amanatnya....
...bersekutu dengan orang yang mengekalkan undang-undang jahiliah...undang-undang kafir...


kita bagaimana?????


Sejarah tidak akan menipu kita....
....tapi kadang-kadang kita akan menipu sejarah.....

ULAMAK MASUK UMNO...PAS CEMBURU ATAU TAKUT?


Kesian kepada Ulamak....Oleh kerana PAS TAKUT kalau-kalau kemasukan ulamak tersebut dapat menguatkan UMNO maka Nik Aziz terus mengata seperti apa yang dipaparkan dalam sinar harian.....
Kekuatan UMNO memang DICEMBURUI oleh PAS.....

Sabtu, Jun 26, 2010

BEZA UMNO dan PAS...

DI SAAT PAS MEMBUKA PELUANG KEPADA BUKAN ISLAM MENJADI CALON POLITIKNYA...

UMNO MEMBUKA PELUANG KEPADA ULAMAK MENJADI AHLINYA...
inilah BEZAnya antara UMNO dan PAS.

BARANGKALI INILAH CONTOH FITNAH KEPADA PAK LAH

Saya menjumpai risalah ini pada pagi hari pengundian PRU12 yang lalu dekat dengan pintu pagar rumah saya. Saya yakin risalah ini dilemparkan ke dalam pagar rumah saya pada malamnya untuk tatapan saya tetapi tidak berani memberi secara berdepan. Bila membaca risalah ini saya tidak mempercayainya dan menganggapnya sebagai FITNAH BESAR kepada PAK LAH. Saya rasa orang lainpun dapat risalah ini dan mungkin terpengaruh.....kalau tidak, masakan Pak Lah dibenci oleh kebanyakan rakyat.

Saya scan risalah ini untuk sama-sama kita kaji, kenyataan-kenyataan yang dilemparkan kepada BN terutama kepada KELUARGA PAK LAH, adakah betul atau tidak.



Salah satu muka surat dalam risalah ini yang isinya berkaitan dengan Pak Lah.
Adakah ini salah satu peranan yang dimainkan oleh GMC untuk memburukkan Pak Lah???

Jumaat, April 30, 2010

4 JUTA...BANYAK TU!

PAS menggerakkan operasi gerak saraf untuk melemahkan bekas PM Abdullah Ahmad Badawi.
Patutlah rakyat Kelantan marah sangat dengan Pak Lah.
Rupanya angkara gerak saraf ini.
Rakyat Kelantan telah dikelentongkan dengan gerak saraf ini rupanya!
Memang hebat PAS ini.
Patutlah mengata orang guna duit untuk itu dan ini...
Rupanya dia menganggap diri orang serupanya.
Dari mana dapat duit 4 juta tu?
Banyak tu...
Adakah itu duit rakyat?

ULAMAK POLITIK

Dia berkata
kita azan, ini politik
kita pergi ke masjid, ini politik
tapi
kalau kata
dia ulamak politik
marah....


aduh...
aku bingung jadinya.


imanku berkata :
kalut jadinya jika Islam dijadikan alat politik.

Isnin, April 26, 2010

KEPUTUSAN RASMI

Rasmi: Calon BN, P. Kamalanathan menang di Hulu Selangor







25/04/2010 9:19pm

HULU SELANGOR 25 April - Berikut keputusan penuh dan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):

P. Kamalanathan (BN) mendapat 24,997 undi, manakala Zaid Ibrahim (PKR) mendapat 23,272 undi, dengan majoriti memihak kepada BN sebanyak 1,725 undi. - Utusan








P. Kamalanathan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) terdiri daripada Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Dr, Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon meraikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor

KEHENDAK DAN KETENTUAN ALLAH MENGATASI SUJUD DAN DOA TOK GURU

ALLAH menentukan segalanya. Biarpun apa kehendak kita tetapi kehendak Allah tidak boleh disekat. Begitulah yang terjadinya dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.


Allah yang berhak memakbulkan doa seseorang itu. Makbul atau tidak doa seseorang itu tertakluk kepada sejauh mana ia ikhlas dengan Allah dan dengan makhluk.
Ikhlaskah kalau kita sujud dan berdoa disaat-saat orang lain hanya memandang saja?
Sesungguhnya ALLAH maha MENGETAHUI.



P. Kamalanathan menang di Hulu Selangor. Siapa sangka seorang bukan melayu dapat mengalahkan orang melayu dalam kawasan melayu. Zaid Ibrahim merupakan orang melayu yang malang kerana kalah di kawasan majoriti orang melayu. Sudah tentu ada sebab musababnya.Terimalah KETENTUAN ini seadanya.

Ahad, April 25, 2010

Keputusan tidak rasmi


Tidak rasmi: BN menang di Hulu S'gor Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.


___________________________________________________

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.

BN - 19,067

PKR - 17,554

Majoriti - 1,513

dipetik daripada malaysiakini online.
 
*****************************************
 
Update: BN menang majoriti 1683


Terkini keputusan tak rasmi BN menang 3-5 ribu undi,dan maklumat sumber dalaman jentera PKR ramai yang sudah berangkat pulang.

Diberitakan Zaid Ibrahim dan pimpinan pakatan turut sama beredar keluar dari Hulu Selangor kerana sudah mengetahui keputusan tak rasmi PKR kalah teruk.

MENANG 26 peti undi daripada 47 peti undi BN mendahului 3000 undi

Keputusan Terkini !!


PERTAK: BN 98 PKR 18

SKC BERNAM : BN 265 PKR 145

UNDI POS : BN 767 PKR 120

ULU YAM LAMA : BN 176 PKR 415

LADANG 15 : BN 265 PKR 145 (peti undi india)

BKT BERUNTUNG : BN 454 PKR 588

SG BUAYA : BN 246 PKR 39

KUALA KUBU BARU : BN 794 PKR 853

KUALA KALUMPANG BN : 128 PKR 98

TAMAN BUNGA RAYA 2 : BN 157 PKR 85

AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578

KAMPUNG PADANG : BN MENANG 175

SUNGAI CHOH : BN MENANG 324


Maklumat dari dalaman PKR,Azmin Ali menyatakan kelegaan kerana cita cita beliau untuk bertanding sebagai Naib Presiden akan tercapai dengan kekalahan Zaid Ibrahim. Kejayaan buat Azmin apabila membuat perancangan licik apabila tidak meletakkan Dr Halili sebagai calon kerena beliau tahu Zaid sudah pasti akan ditolak oleh rakyat Hulu Selangor.

dipetik dari pisau.net

Sabtu, April 24, 2010

SIAPA BETUL?

Blog pembangkang mengatakan Zaid memenangi pilihanraya esok.
Kita tunggu esok untuk melihat SIAPA YANG KENA.


SIAPA MENANG? RAMALAN SAYA

Pada ramalan saya BN akan memenangi pilihanraya ini berdasarkan kepada maklumat-maklumat berikut :

1. Pengundi asal di sini adalah telah berpihak kepada BN tetapi calon yang dahulu tidak diterima oleh rakyat disini kerana atas faktor-faktor tertentu. Dengan menukar calon yang baru mungkin rakyat akan memilih kembali.

2. Ramai ahli PKR telah keluar parti termasuk DR HALILI yang dikatakan orang kuat parti PKR. Dr Halili ada pengaruh yang kuat di sini kerana dia anak tempatan berbanding Zaid. Takkan keluarganya dan waris-warisnya tidak mengikut jejaknya.

3. Faktor peribadi Zaid yang tidak bermoral pada masa dahulu sedikit sebanyak rakyat akan berfikir dua kali untuk mengundinya.


BN AKAN MENANG......kalau sudah ditakdirkan, InsyaAllah.


Kalau jentera BN berkhidmat dengan ikhlas untuk memenangkan parti, nescaya akan menjadi bonus kepada pengundi untuk memilih BN. Hati pengundi harus dijaga kerana pengundi adalah raja pada hari tersebut.

PAS SUDAH LUPA....

PAS akan melupakan segala-galanya sekiraya seseorang itu menjadi penyokongnya. Ia terus memuliakan seseorang walaupun telah mempunyai sejarah hitam sama ada pada dirinya atau politiknya.
Ini terbukti bila calon PKR Zaid Ibrahim yang pernah dulu :




Mengaku pernah minum arak dan pernah menyaman hudud.






DARI kiri, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Calon Parti Keadilan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis makan malam di Kampung Chuang Rasa.

PAS TELAH LUPA BAHAWA IA DULU TELAH MENCERCA ZAID KERANA MENYAMAN HUKUM HUDUD.
SEKARANG MENJULANGNYA!

TETAPI INGATLAH TUHAN TIDAK LUPA!

Jumaat, April 23, 2010

SATU ALAMAT TIDAK BAIK BAGI PKR

AHLI PKR KELUAR PARTI.....

PETALING JAYA - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, antara pengasas parti itu, mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.




Halili, 58, seorang pakar bedah yang pernah menjadi doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana PKR telah terpesong jauh daripada perjuangan di mana beliau turut terlibat secara langsung semasa mengasaskan parti itu pada 1999.





Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, Nor'isham Manap (kanan) dan bekas timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar (kiri) diiringi Ezam Mohd. Noor (tengah) selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan keputusan mereka untuk keluar dari PKR di Shah Alam

Ahad, Mac 07, 2010

APA KATA ZULKIFLI NORDIN?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.


"Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang."

Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri), sehingga dalam setiap ceramahnya, hanya perkara itu ditekankannya dan bukannya soal parti.

Zulkifli yang bertegas untuk tidak membuat rayuan atau mengosongkan kerusinya turut mendakwa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam tetapi menjadikan agenda Islam untuk mainan politik picisan dan retorik murahan serta pembohongan jelas pada rakyat.



Malah, katanya, PKR turut membuat laungan palsu berhubung perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, mendaulatkan nilai dan prinsip keadilan sejagat.


Zulkifli sekali lagi mempersalahkan firaun kecil dalam PKR sebagai dalang untuk menghancurkan karier politiknya serta memecatnya daripada parti itu.

Petikan daripada Berita Harian Online.


"Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka.


"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, sebaliknya (mereka) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," katanya dalam kenyataan menerusi blognya, malam semalam.

Zulkifli berkata pada masa ini telah menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan 'pembunuhan karektor' yang tidak berasas terhadap sesiapa yang tidak bersetuju atau tidak mahu bersekongkol dengan mereka.


dipetik dari laman web Malaysiakini
 
ORANG YANG PERNAH DALAM PARTI TELAH BERANGGAPAN SEDEMIKIAN, MENGAPA TIDAK KITA?

SALAH SIAPA?

ISU AP PKR KELUAR PARTI

Perkembangan terbaru ini memburukkan lagi krisis dalam PKR. Makin ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti tersebut kerana hilang keyakinan. Antara yang keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen, Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. Dan yang terkini Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di pecat oleh PKR kerana Zulkifli lantang memperjuangkan agama dan bangsa.
Ini menjadikan PKR kehilangan empat Ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat.

Mengapa terjadi sedemikian?
ANWAR BERKATA BELIAU TERSALAH PILIH CALON.
atau
ADAKAH AP TERSEBUT juga TERSALAH PILIH ANWAR?
Segalanya mungkin.

Sabtu, Mac 06, 2010

APA KATA MUFTI PERAK?

PAS ANGKUH DAN KEMARUK KUASA


"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).


"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.


"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.


"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,"

Jumaat, Mac 05, 2010

PKR DALAM GELORA

 AHLI Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

Dengan tidak semena-mena ADUN DAN AP PKR keluar parti menjadi calon bebas. Mengapa mereka berbuat demikian. Ada orang kata mereka HILANG KEYAKINAN KEPADA KEPIMPINAN DSAI. Kalau ADUN DAN AP PKR beranggapan sedemikian, Mengapa tidak KITA?


Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)

ADUN yang keluar PKR dan masuk UMNO

Fairus Khairuddin, bekas TKM Pulau Pinang keluar PKR dan masuk UMNO
*********************

Anwar akui PKR hadapi masalah

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.


Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat Melaka, malam semalam.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat Melaka, malam semalam.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti.

- Bernama

MENGAPA kereta Kickdafella DI KHIANATI?

Jam 10:50 malam tadi sebuah kenderaan berhenti dihadapan rumah saya dan melemparkan kapak besi ke arah kereta saya.

Kapak berukuran hampir 12 inci itu mengenai cermin belakang kereta saya dan terpelanting lebih 2 meter
(Petikan kata-kata daripada blog kicdafella)

Saya amat terharu dengan kejadian ini. Mengapa orang sanggup buat begitu kepada Kickdafela. Mengapa keretanya dikapakkan. Tentu orang yang buat begini adalah orang jahat. Kalau orang baik-baik tidak buat begitu. Siapakah yang buat? Tentu ada kaitan dengan keadaan semasa. Fikir-fikirkan!

SULTAN KELANTAN PULANG, MENTERI BESAR SAKIT. ADAKAH SATU KEBETULAN ?

Sultan Kelantan selamat pulang dari Hospital Mount Elizabeth, Singapura selepas hampir 10 bulan dirawat di sana. Kita bersyukur kerana tuanku sembuh dari gering.
Tetapi saya tertanya-tanya, pada saat-saat kepulangan tuanku, Menteri Besar TGNA sepantutnya menyambut kepulangan tuanku, dikhabarkan tidak menyambut kepulangan tuanku kerana dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada.

Apakah ini satu KEBETULAN atau MUSLIHAT POLITIK?
Rakyat yang bijak tahu mentafsirkannya.

Petikan Berita KEPULANGAN Tuanku dari Utusan Online :

Sebahagian rakyat Kelantan menunggu ketibaan Tuanku Ismail Petra di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
 
SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra yang menerima rawatan di Singapura sejak Mei tahun lalu kelihatan ceria sejurus tiba dari negara itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 4 Mac.

KOTA BHARU 4 Mac - Setelah pelbagai kontroversi melanda institusi diraja negeri ini, akhirnya Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berangkat pulang tengah hari ini.

Baginda tiba dengan pesawat Kerajaan Malaysia kira-kira pukul 12.50 tengah hari selepas hampir 10 bulan dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku Ismail diiring Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid dan anakanda ketiganya, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra yang juga anakanda sulung baginda dilihat tiba dari Singapura kira-kira 30 minit lebih awal dengan menggunakan pesawat yang berasingan.
Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, Tuanku Ismail Petra yang berkerusi roda diiringi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian. Tuanku Ismail Petra kelihatan sihat dan sempat melemparkan senyuman kepada pemimpin-pemimpin negeri.
Seluruh kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob hadir untuk menyambut kepulangan baginda.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hadir kerana sedang dirawat di Hospital Univesiti Sains Malaysia (HUSM) sejak petang semalam.
Kira-kira 5,000 rakyat negeri ini membanjiri lapangan terbang dan pekarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian untuk menyambut keberangkatan pulang baginda.
Kebanyakan mereka memakai kemeja T berwarna biru, putih dan kuning yang tertera tulisan Daulat Tuanku.
Tetapi orang ramai yang menunggu sejak awal pagi agak kecewa apabila kenderaan yang membawa baginda tidak melalui kawasan perkarangan lapangan terbang tempat mereka berhimpun sebaliknya dibawa melalui jalan berbeza ke Istana Mahkota.
Pada perhimpunan tersebut terdapat individu mengedarkan risalah bertajuk, Penderhaka kepada sultan? Ia memaparkan gambar lima individu termasuk pegawai kanan kerajaan dan istana serta tiga ahli perniagaan.
Risalah tersebut dikatakan dipetik dari sebuah portal berita dan kesemua individu terbabit dipercayai telah dilucutkan gelaran 'datuk' dan anugerah Jasa Pendamai daripada baginda baru-baru ini.
Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui pihaknya tidak menerima arahan secara rasmi daripada pejabat pengelola Istana untuk menyambut kepulangan baginda.
Mengulas mengenai keadaan Nik Abdul Aziz, beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya menjalani rawatan biasa dan diminta berehat.
Tuanku Ismail Petra yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei lalu untuk menerima rawatan.
Baginda kemudiannya dihantar ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei lalu.

Petikan Berita Nik Aziz masuk hospital dari Malaysiakini :

 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika menjalani pemeriksaan di klinik jantung universiti itu, Nik Aziz merasa sakit di dada sebelah kiri.
Nik Aziz kini ditempatkan di wad orang kenamaan di hospital tersebut, tambah Ahmad Fadhli kepada Malaysiakini hari ini.
Masalah kesihatan Nik Aziz itu dipercayai menyebabkannya tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang hari ini dari mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.
Ditanya tentang tahap kesihatan semasa mursyidul am PAS itu, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz semakin pulih.
“Pukul 12.00 tengah hari tadi saya melawat beliau. Keadaannya alhamdulillah bertambah baik. Sudah (boleh) baca surat khabar.”
Tambahnya, Nik Aziz dijangka dapat keluar daripada wad dan bertugas seperti biasa tidak berapa lama lagi.
“Tengoklah dalam dua, tiga hari lagi,” kata Ahmad Fadhli lagi.