Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Isnin, Ogos 31, 2009

Erti Kemerdekaan : 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 2009


Sambutan Merdeka 2009
Sambutan Merdeka 1957

Teringat dengan cerita orang tua dahulu yang menceritakan zaman sebelum kemerdekaan dimana pada masa itu elektrik belum ada lagi. Jalan berturap pun belum ada lagi. Pada masa itu orang menggunakan denai-denai dan lorong-lorong kecil untuk pergi ke sesuatu tempat. Kenderaan pada masa itu, kalau ada pun hanya basikal. Itupun sudah dikira orang yang berada yang menggunakannya.

Ketika zaman Jepun menyerang Tanah Melayu, askar-askar Jepun masuk kampung dan mencari makanan, dipaksanya orang kampung panjat pokok kelapa. Kalau tidak tahu panjat pun jadi tahu sebab muncung benet senapang Jepun dicucuk bawah punggung. Bukan itu saja bini orang kampung pun diperkosanya. Kalau suaminya tidak bagi atau melawan dibunuhnya.

Makanan pula pada masa itu adalah ubi kayu, buah-buahan dan pucuk-pucuk kayu. Begitulah susah senangnya pada zaman Jepun dahulu.

Tetapi kini, sudah 52 tahun kita merdeka banyak bezanya. Kebanyakan setiap rumah sudah ada sebuah kereta sekurang-kurangnya kereta buatan Malaysia seperti kereta kancil, viva, myvi, saga, wira, Gen2, pesona, perdana atau lain-lain kereta import bagi yang berada.



Kalaulah kita masih dijajah sampai hari ini, adakah kita boleh mengecapi hidup seperti ini?


Tidak ramai yang sanggup mengibarkan bendera pada hari ini tanda kesyukuran kerana kemerdekaan tetapi ramai yang bertanya-tanya tidak adakah bonos pada tahun ini?

Khamis, Ogos 27, 2009

PAS pilihan rakyat Permatang Pasir tetapi majoriti menurun

Utusan Malaysia Online - Terkini:
"Calon Pas, Mohd. Salleh Man, 52, hari ini memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu memperolehi 9,618 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 7.25 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.
Sebaik Mohd. Salleh diumumkan sebagai pemenang, kedengaran penyokong yang berada dalam dewan itu bersorak kegembiraan."

Petikan dari Utusan Malaysia

**************************
Walaupun kalah BN berjaya menurunkan angka sokongan terhadap Pas sebanyak 1,386 undi berbanding 11,004 undi yang diperoleh calonnya yang terdahulu. 

Isnin, Ogos 24, 2009

Muafakat mampu kecapi ketamadunan Islam

Berita Harian Online:
"Umat Islam mampu mengecapi kembali zaman ketamadunan Islam jika bermuafakat dan bersatu padu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua sifat berkenaan adalah intipati dan falsafah penting di dalam membina tamadun Islam yang berjaya.

Najib berkata, ia telah terbukti melalui lipatan sejarah di mana


umat Islam terdahulu berjaya membina tamadun yang unggul dengan mendisiplinkan diri mengamalkan sifat berkenaan."

*************************
Umat Islam harus muafakat. Kata mengata hanya merugikan Islam. Maufakatlah jalan terbaik untuk membina ketamadunan Islam. Berjuang seorang tidak sekuat dari berjuang beramai-ramai. Pilihlah berjuang secara beramai-ramai agar Islam kuat dan teguh.

PKR sudah tidak dipercayai

Utusan Malaysia Online - Politik:
''Mereka sudah tidak konsisten dan anggota mereka sendiri sudah tidak percaya kepada parti,'' katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada PKR dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas hari ini.
Ditanya sama ada UMNO akan mempelawa Radzhi menyertai parti itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perkara itu perlu dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat."

************************
Lebih baik bebas kalau berada di alam yang terkongkong. Politik adalah perjuangan. Kalau rasa tidak selari dengan perjuangan kita lebih baik membebaskan diri.

PKR tidak lagi memperjuangkan Melayu

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:
“Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,” katanya.
Jamaludin turut menyarankan rakan-rakannya di bahagian lain di seluruh negara mengikut langkahnya, memandangkan perjuangan asal PKR tidak lagi relevan dan berkepentingan rakyat.
Dalam pada itu, Mohd. Radzhi yang membuat keputusan mengejut tersebut memberitahu, beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli Exco kerajaan negeri Kedah dan portfolio Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia."

*******************
Macam mana hendak perjuangkan Melayu, sedangkan ahli tidak sepenuhnya Melayu. Sedangkan sama Melayu pun susah nak perjuangkan Melayu, inikan pula bersama bukan Melayu???

Ahad, Ogos 23, 2009

Penghuni hantu

Utusan Malaysia Online - Politik:
"Pergerakan Puteri UMNO negeri hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan lapan nama pengundi yang berdaftar di alamat kediaman orang lain.
Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Puteri negeri, Ida Moerni Zakaria bersama beberapa anggota pergerakan itu di Balai Polis Kubang Semang di sini kira-kira pukul 4.30 petang ini.
Bercakap kepada pemberita di Bilik Gerakan Barisan Nasional Permatang Pasir, beliau berkata, anggota Puteri yang pergi merayu undi di beberapa rumah di Kampung Paya mendapati wujud sekurang- kurangnya lapan nama yang didaftarkan di alamat kediaman orang lain.
Katanya, terdapat empat nama termasuk seorang berbangsa Cina didaftarkan di sebuah kediaman keluarga Melayu dan perkara itu sememangnya mencurigakan.
Sehubungan itu beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menyiasat perkembangan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara tersebut didapati benar-benar berlaku."

**************************
Pengundi hantu adalah satu pengkhianatan pilihan raya. Sesiapa yang sengaja mengaturnya adalah berdosa. Tak sepatutnya sekiranya orang Islam, melakukan perkara ini.
Kewujudan pengundi ini mungkin benar kerana ia diuarkan-uarkan sebelum hari undian dan dengan menunjukkan bukti.

Cendiakawan Islam selar Mursyidul Am PAS

Utusan Malaysia Online - Politik:
"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diselar beberapa cendekiawan Islam kerana memutarbelitkan kenyataan beliau sendiri berhubung ketentuan syurga dan neraka penyokong UMNO.
Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hussein berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mempersoalkan ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam adalah salah dan berniat lari daripada isu pokok.
'Tindakan Nik Abdul Aziz mengatakan bukan hak mutlak Allah SWT menentukan syurga atau neraka seseorang itu apa? Siapa beliau? Jika Allah tiada hak mutlak, Nik Aziz ada?
'Saya nasihatkan beliau supaya jangan lari daripada isu pokok dan dia harus ingat, jawatankuasa tempoh hari dianggotai oleh lebih 10 cendekiawan agama yang tidak mempunyai kepentingan politik,' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini."

***********************
Kalau cendiakawan Islam mempersoalkan kenyataan Nik Aziz, mengapa kita tidak? Mengapa kita tidak ikut yang ramai daripada yang seorang?

Sabtu, Ogos 22, 2009

Permatang Pasir :PAS perlu jawab tiga persoalan?

Khairy: Jawab tiga soalan saya - Malaysiakini:
"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih menunggu jawapan daripada Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh.

Pertama, katanya ialah isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini; kedua, mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco dalam kerajaan negeri Pulau Pinang; dan ketiga, mengapa tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir."

****************************

PAS ibarat melukut ditepi gantang, adanya menguntungkan DAP. Apakah perjuangan Islam dapat dilaksanakan kalau sedemikian? Haruskah orang Islam dapat berbangga dengan kemenangan PAS di Permatang Pasir kalau Islam dipinggirkan?

Khamis, Ogos 20, 2009

Kekejaman Israel


Kosmo! Online - Dunia:
"Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.
Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.
Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.
Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).
Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka."

************************
Artikel untuk koleksi penulis.
Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Kalaulah kita dilahirkan di semenanjung Gaza, mungkin kita senasib dengannya.

Majlis Fatwa : Kenyataan Nik Aziz salah

Berita Harian Online:
"Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak 2000 lagi dan jawatankuasa itu memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT."

***************************
Majlis fatwa telah memutuskan, ternyata apa yang dinyatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz adalah salah dan menyelewang.
Maka tidak syak dan ragu lagi dari segi hukumnya.

Rabu, Ogos 19, 2009

Siapa kita untuk menentukan Syurga atau Neraka?

Utusan Malaysia Online - Politik:
"Tindakan menghukum penyokong UMNO tidak masuk syurga memberi gambaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat seolah-olah lebih berkuasa daripada Allah, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Beliau berkata, semua orang Islam termasuk Nik Aziz sendiri tahu bahawa soal syurga dan neraka adalah dalam kekuasaan Allah seperti yang dinyatakan oleh al-Quran.
''Nik Aziz juga tahu dalam al-Quran ada menyatakan mungkin orang yang kamu kata teruk itu sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya."

**************************
Siapalah kita untuk menentukan ahli Syurga atau ahli Neraka. Hanya Allah yang menentukannya. Kita sebagai makhluk Allah yang dijadikanNya hanya sekadar berharap dan berdoa mengharap keizinanNya agar kita tergolong dalam golongan ahli syurga.

Kenyataan Nik Aziz : Pendapat Ahli Akademik

Berita Harian Online:
"Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir.

'Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga,' katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij."

*******************************

Untuk berita lanjut sila klik perkataan Berita Harian Online di atas.
Pada saya pendapat ahli akademik ini ada betulnya.
Terserah pada rakyat untuk menilainya.

Meluluskan Kuil di kawasan majoriti orang Islam di Selangor

Utusan Malaysia Online - Berita Utama: "Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tapak tanah seluas 0.2 hektar di Seksyen 23 itu dirasakan paling sesuai, selain telah mendapat persetujuan pihak pengurusan kuil di Seksyen 19, tahun lalu.
Menurutnya, cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 adalah sebahagian daripada proses perpindahan rumah ibadat itu di Seksyen 19 dan ia diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini."

*************************

Lihatlah kerajaan pakatan yang diketuai oleh orang Islam sendiri, tergamak meluluskan cadangan membina kuil di tempat majoriti orang Islam???
Saya tidak merasa hairan kerana di Kelantan pun ada pertambahan kuil yang dibina dan besar-besar belaka patungnya dimana kerajaan yang berslogankan membangun bersama Islam dan mempunyai exco yang beragama Islam lagikan buat, inikan pula kerajaan Selangor yang ada exco yang bukan Islam.
Terserah kepada rakyat untuk menilainya???

Syurga: Urusan dan Keizinan Allah

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:
"Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.
Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.
“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga."

******************************
Saya amat menghormati kenyataan Datuk Harun Taib, sememangnya Syurga adalah layak untuk orang Islam yang taat dan patuh pada suruhanNya dan meninggalkan apa-apa yang dilarangNya. Syurga bukan diperuntukkan untuk PAS tetapi untuk umat Islam yang beriman dan bertakwa. Mana-mana orang Islam berhak untuk mendapatnya sekiranya diizinkan oleh Allah s.w.t. Kita adalah hamba Allah dan hanya dapat berserah kepadaNya semoga mendapat keizinanNya.
Syurga bukan milik parti dan ulamak politik. Ia adalah milik Allah dan Allah berhak memberi kepada mana-mana makhluk yang diizinNya.

Selasa, Ogos 18, 2009

Tiada nas seseorang perlu menjadi ahli parti untuk masuk ke Syurga

Utusan Malaysia Online - Politik:
"Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.
''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan,' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini."

***********************
Untuk kita selamat dunia dan akhirat, ikutlah kenyataan mufti yang tidak berahlikan mana-mana parti politik kerana kenyataannya adalah ikhlas dan semata-mata ingin menyelamatkan umat Islam dari tergelincir dari tuntutan-tuntutan Islam sebenar. Aqidah perlu dipelihara kerana aqidahlah penentu kita ke syurga atau ke neraka.

Betulkah ahli UMNO tak dapat masuk syurga?

Utusan Malaysia Online - Politik:
"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
'Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,' katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir."

***********************
Setiap kali nak pilihanraya, setiap kali Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan berbentuk hukum. Kali ini mengatakan bahawa anggota UMNO tidak akan masuk syurga.
Pada saya kenyataan ini tidak harus dipercayai kerana ia berunsur politik. Kalau tidak berunsur politik, mengapa kenyataan seperti hanya keluar semasa hendak pilihanraya.
Orang yang mempercayai kenyataan ini adalah orang yang taksub kepada sesebuah parti tertentu sehingga tidak dapat membezakan antara benar dan tidak benar.
Tiada dalam Islam, kalau hendak masuk syurga kena berada dalam parti mana-mana. Syurga bukan milik sesebuah parti tetapi milik ALLAH.

Isnin, Ogos 17, 2009

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir


BN-PAS bertempur di Permatang Pasir - Malaysiakini:
"Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima."

*************************************
Pertandingan satu lawan satu antara PAS dan UMNO di Permatang Pasir. Kita lihat siapa pilihan rakyat Permatang Pasir.

Sebab kurang gula

Kosmo! Online - Negara:
"Kebanyakan rakyat Thailand yang tinggal di sempadan dekat sini tidak serik untuk menyeludup gula ke negara ini melalui pintu sempadan.
Aktiviti itu dikesan apabila ramai rakyat Thailand yang berulang-alik di pintu sempadan menggunakan motosikal dan kereta untuk menyeludup gula walaupun dalam sukatan antara sekilogram dan lima kilogram.
Walaupun barangan tersebut pernah dirampas oleh pihak berkuasa sebelum ini tetapi kegiatan menyeludup gula dalam jumlah yang sedikit itu tetap dilakukan.
Malah, mereka sanggup memasuki negara ini semata-mata untuk membeli gula memandangkan harganya dijual lebih murah berbanding RM2.50 sekilogram di negara berkenaan."

***********************
Salah satu sebab kekurangan gula adalah kerana aktiviti penyeludupan. Harga gula yang murah di sini menyebabkan rakyat Thailand mengambil peluang untuk untuk segera dengan menyeludup.
Tetapi saya merasa hairan, kekurangan gula berlaku pada masa musim sebelum orang Islam nak berpuasa. Adakah ini sabotaj untuk manaikkan harga gula???
Masalah ini perlu ditanggani segera agar tidak berlarutan.

Pengkhianat bangsa perlu ditentang?

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:
"Mana-mana pihak yang mencetuskan isu berbaur perkauman atau mempertikai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan merupakan pengkhianat bangsa dan negara, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu akan meletakkan negara dalam situasi huru-hara dan menggugat keamanan yang sudah dikecapi sejak sekian lama.
“Jangan ada pihak cetuskan atau bangkitkan perkara-perkara yang sudah dipersetujui, tidak ada yang lebih penting daripada perkara itu (mematuhi Perlembagaan)."

*************************
Bangsa kita harus dijaga supaya ia kekal sampai kiamat. Bangsa adalah lambang sesuatu kaum. Nabi pun ada bangsanya. Orang yang mementingkan diri sendiri melupakan asal usulnya dan apa bangsanya. Orang yang melupakan bangsanya dianggap orang yang mengkhianati bangsanya. Pada sesiapa yang mengkhianati bangsanya harus ditentang.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Beranikah ahli PAS menegur?

Berita Harian Online:
"Ahli Pas perlu lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa.

'Pas hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

*************************
Saya merasakan tidak akan ada seorangpun ahli PAS yang berani menegur pemimpinnya yang membenarkan DAP menghina Islam. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin yang lain pun tidak berani tegur masakan pula para penyokongnya berani tegur.
Bagi saya harus tegur pemimpin sekiranya pemimpin bersalahan dengan kebenaran yang mesti dimiliki oleh pemimpin Islam. Mana-mana pihak yang menghina Islam tak kira lawan mahupun kawan harus di tentang. Islam adalah agama suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad daripada Allah s.w.t. Tidak berani menegur pihak yang menghina Islam adalah satu petaka bagi umat Islam. Kita harus elakkan petaka ini.

Jumaat, Ogos 14, 2009

Hina Islam : Patutkah 'menghalalkan'?

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:
"KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.
“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.
“Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini"

*****************************
Kalaulah orang Islam tidak merasa apa-apa ke atas penghinaan agama kita maka tak tahulah saya apa sebenarnya orang Islam itu. Sebagai orang Islam penghinaan itu haruslah di sanggah walaupun hanya di dalam hati. Kalau membenarkan atau menghalalkan, bagi saya memang tidak patut dibuat begitu. Saya merasa hairan, mengapa ulamak seperti Tok Guru berbuat demikian. Adakah dia sayangkan Islam atau sayangkan pengaruh politiknya yang menyebabkan ia berkata sedemikian?
Tidak wajar mengatakan tidak mengapa kerana orang kafir tidak tahu dengan selok belok Islam. Pada saya, kerana ia orang kafirlah, ia menghina Islam.

Khamis, Ogos 13, 2009

Berani dengan prinsip?


Dr Hasan tidak tunduk 'ugutan' DAP - Malaysiakini:
"Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak akan tunduk terhadap 'ugutan' timbalan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya berhubung isu rampasan minuman keras di Shah Alam."
............ di petik dari malaysiakini.
SHAH ALAM - “Saya sanggup dilucutkan jawatan sebagai Exco Selangor demi menegakkan prinsip perjuangan parti demi kebaikan rakyat agar minuman keras tidak dijual di kawasan majoriti penduduk beragama Islam," demikian tegas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
............ di petik dari sinar harian.

******************************
Syabas Dr. Hasan kerana memperjuangkan isu arak ini. Walaupun nampak kecil tetapi arak adalah sensitiviti masyarakat Islam. Ia perlu diperjuangkan.
Mengapa pemimpin-pemimpin PAS yang lain berdolak-dalik dalam isu ini. Adakah mereka takut hilang sokongan daripada masyarakat bukan Islam daripada kerestuan Allah Taala? Apakah sokongan bukan Islam lebih penting dari segala-galanya?
Takut pada Allah adalah lebih daripada segala-galanya dari takut tidak disokong dari makhluk ciptaanNya!

Patukah kita hina raja?

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:
"PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.
“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.
“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.
“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis."

dipetik dari Utusan Malaysia.

*********************************
Agak tidak patut kita menghina raja kita kerana rajalah lambang ketuanan Melayu. Intitusi raja dapat menjaga hal-hal yang berkaitan dengan orang Melayu. Orang Melayu yang menghina pada raja seolah-olah melupakan asal usulnya dan generasinya. Kesultanan Melayu harus dipertahankan sampai bila-bila.
Saranan Mufti Perak supaya melucutkan kerakyatan adalah wajar memandangkan orang yang menderhaka kepada Sultan bermakna menderhaka kepada negara. Sultan bebas dari fahaman politik dan seharusnya ia layak untuk kita jadikan lambang kekuasaan Melayu. Orang Melayu seharusnya memperjuangkan Islam dan Melayu. Islam dan Melayu harus dipertahankan di bumi Malaysia.

Rabu, Ogos 12, 2009

Setia pas : Adakah menepati Islam?

Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.
''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.
''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini, yang mencabar Pas keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan dibawa Pas selama ini.
Khairy turut berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

Petikan dari Utusan Malaysia

*****************************
Kalau PAS benar-benar ingin mendaulatkan Islam sebagaimana yang diuarkan oleh pemimpin dan penyokong-penyokongnya, mengapa tunduk menguku dengan DAP. Maruah PAS sudah tercemar dengan keadaan ini. PAS seolah-olah dayus sebagaimana seorang suami yang sanggup setia pada isterinya padahal isterinya tidak menghormatinya lagi! Adakah ini menepati apa yang dikehendaki Islam?

Selasa, Ogos 11, 2009

Tak Tumbuh Tak Melata

Pengkhianat Melayu?

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:
"KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.
Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.
Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain."

*****************************

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Melayu harus diberi ketuanan di Malaysia kerana Malaysia asalnya daripada Tanah Melayu.
Orang Melayu harus menjaga ketuanan Melayu. Melayu yang tidak menjaga ketuanannya adalah seolah-olah mengkhianati semua orang Melayu.
Pengkhianat Melayu harus ditentang!
Semangat kebangsaan harus ada di dalam hati orang Melayu.
Kata-kata Hang Tuah 'Tidak Melayu Hilang Di dunia' mungkin akan terpadam sekiranya orang Melayu tidak pandai menjaga ketuanan bangsanya.

Sudut Ilmu : Arak Dalam Islam

Arak haram dalam Islam

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Dalil Al-Quran haram minum arak
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Dalil Hadis haram minum arak
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)

Dalil Hadis kutukan Allah tentang arak
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
1. Pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya dan juga
10. pemesannya.”
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Ibu segala maksiat
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)
Fitnah nama-nama arak
Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :
Orang yang sudah mukallaf
Dengan kemahuan sendiri
Mengetahui haram hukum meminumnya
Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil.

Di petik dari ms.wikipedia.org

*****************************

Tinggalkan Tempat Persidangan Arak

Berdasar sunnah Nabi, orang Islam diharuskan meninggalkan tempat persidangan arak, termasuk juga berduduk-duduk dengan orang yang sedang minum arak.
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Setiap muslim diperintah untuk menghentikan kemungkaran kalau menyaksikannya. Tetapi kalau tidak mampu dia harus menyingkir dan menjaga masyarakat dan keluarganya.
Dalam salah satu kisah diceriterakan, bahwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mendera orang-orang yang minum arak dan yang ikut menyaksikan persidangan mereka itu, sekalipun orang yang menyaksikan itu tidak turut minum bersama mereka.
Dan diriwayatkan pula, bahwa pernah ada suatu kaum yang diadukan kepadanya karena minum arak, kemudian beliau memerintahkan agar semuanya didera. Lantas ada orang yang berkata: 'Bahwa di antara mereka itu ada yang berpuasa.' Maka jawab Umar: 'Dera dulu dia!'
Apakah kamu tidak mendengarkan firman Allah yang mengatakan;
"Sungguh Allah telah menurunkan kepadamu dalam al-Ouran, bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah ditentangnya dan diejeknya. Oleh karena itu jangan kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka itu tenggelam dalam omongan lain, sebab sesungguhnya kamu kalau demikian keadaannya adalah sama dengan mereka." (an-Nisa': 140)

dipetik dari Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi

******************************
Adakah wajar tindakan Kerajaan Selangor (Kerajaan Pakatan) membenarkan arak di jual secara bebas itu terpulanglah kepada kita umat Islam menilainya.
Bagi saya maruah PAS sudah tercalar di dalam pakatan kerana PKR tidak mengindahkan idea PAS dalam menangani isu arak.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Arak : PKR dan DAP rakan serasi, PAS belum tentu lagi? (4)

Berita Harian Online:

Pakatan Rakyat tolak syor PAS

"SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak cadangan Pas negeri itu yang meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

Sebagai alternatif, peniaga diminta mengguna pakai sistem kawalan sendiri dengan tidak menjual minuman keras kepada orang Islam dan mereka di bawah umur.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata

keputusan itu diambil kerana Selangor sudah mempunyai peraturan yang mencukupi dan tidak memerlukan peraturan atau garis panduan baru.

'Kita tak perlu (draf cadangan Pas). Kita sudah banyak undang-undang yang menunjukkan kita membangun bersama, menghormati ahli perniagaan dan faham budaya serta agama,' katanya selepas pertemuan hampir dua jam dengan wakil kedai serbaneka 7-Eleven dan pasar raya KK Mart serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini semalam."

**************************
Keputusan kerajaan negeri adalah tidak wajar kerana membelakangi PAS sebagai rakan dalam Pakatan. Adakah PAS tidak merasa apa-apa di atas tindakan ini?

Mengapa PAS tidak campur isu arak di S'gor?

PAS tidak campur isu arak di S'gor - Malaysiakini:
"kemaskini 3.14pm PAS di peringkat pusat tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman alkohol, tegas setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini.

'Kita serahkan kepada kebijaksanaan di peringkat negeri untuk menyelesaikan isu ini kerana mereka yang lebih tahu.

'Sebab itu, pimpinan negeri dan pimpinan kerajaan, Tan Sri Khalid (Ibrahim) sebagai menteri besar, kita letakkan keyakinan bahawa beliau mampu menyelesaikan masalah ini,' katanya di sidang medi di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi tadi.

Mustafa mengulas kontroversi terbaru antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco hal-ehwal Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.

Mengulas lanjut desakan supaya Ronnie melepaskan portfolio kerajaan tempatan yang dikendalikannya sekarang, Mustafa berkata:

'(Perkara ini) tidak berbangkit di peringkat (PAS) pusat. Kita tidak bincang perkara ini. Sebab itu saya katakan tadi, perkara itu boleh diselesaikan di peringkat negeri. Dan kita tidak campur soal ini.'

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Dr Hassan membelakangi jawatankuasa PAS Selangor kerana perkara itu tidak pernah dibawa kepada mesyuaratnya tetapi hanya diputuskan di peringkat Dewan Harian PAS negeri."

di petik daripada Malaysiakini.

***************************
PAS pusat harus sama-sama memikirkan untuk menangani dalam isu ini dan tidak menyerahkan kepada Dr Hassan Ali saja di peringkat negeri. Semua peringkat PAS harus bersatu menanganinya. Menegakkan Islam adalah kewajipan keseluruhan dan bukan sebahagian saja.

Arak : PKR dan DAP rakan serasi, PAS belum tentu lagi? (3)

Berita Harian Online:
"DAP gesa tindakan disiplin terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor

PETALING JAYA: Perbalahan terbuka antara parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata tindakan Dr Hasan dalam kes itu dilihat 'tidak sesuai serta tidak adil', dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda Pas mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

'Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya,' kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini."

*******************
Menandakan kepada kita bahawa perjuangan PAS dan PKR dan DAP adalah tidak sama. Bolehkan mereka kekal dalam pakatan ini sekiranya prinsip tidak sama?

Arak : PKR dan DAP rakan serasi, PAS belum tentu lagi? (2)

Utusan Malaysia Online - Politik:

'Khalid takut DAP, tidak hormat Pas'
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Jelas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim takut kepada DAP dan tidak menghormati Pas. Itu jawapan ringkas, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai kemelut terkini pakatan pembangkang di Selangor.
'Komen saya, jelas Khalid takutkan DAP dan tidak menghormati Pas,' katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin Pas Selangor mendesak kerajaan negeri agar segera menyerahkan portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu kepada anggota Exco lain atau Menteri Besar berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, antara masalah yang ditimbulkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu ialah sering campur tangan tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.
Bagaimanapun semalam, Abdul Khalid menolak mentah-mentah desakan Pas itu dengan menganggapnya sebagai bukan isu."

********************
Saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah satu kekuatan dalam sesebuah pakatan. Sanggupkah PAS duduk dalam pakatan jika ideanya tidak diterima?

Jumaat, Ogos 07, 2009

Arak : PKR dan DAP rakan serasi, PAS belum tentu lagi?

Utusan Malaysia :

SHAH ALAM 6 Ogos - Pas Selangor akan berkempen bagi mendesak kerajaan negeri memecat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikannya, Ronnie Liu berhubung isu arak dan maksiat di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, kempen itu akan melibatkan program penerangan, pengedaran risalah serta menaikkan beberapa kain rentang di seluruh negeri termasuk di masjid.

''Kita (Pas) akan mulakan kempen membantah dan mahu Ronnie Liu digugurkan daripada portfolio berkenaan kerana beliau secara terang-terangan mencampuri serta mengganggu tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

''Malah, tindakan beliau sebelum ini juga banyak mengguris perasaan umat Islam terutamanya di negeri ini.

"Maka, kita akan laksanakan kempen sama ada mulai malam ini atau pagi esok untuk menyatakan pendirian kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Roslan, kempen tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda Pas Selangor.

Semalam, Pas Selangor mendesak kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Pandamaran itu daripada barisan Exco.

Ini kerana Ronnie Liu dikatakan telah mengganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat.

Desakan itu dibuat ekoran beberapa aduan mengenai tindakan Ronnie termasuk campur tangannya dalam PBT serta mempertikai tindakan pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas arak di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8, di sini, 30 Julai lalu.

Malah, Ronnie Liu juga dikatakan turut menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan mempersoalkan tindakan PBT itu mengadakan operasi arak dan maksiat yang dilakukan bersama-sama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Bandar Sunway, Petaling Jaya beberapa hari lalu.

******************

Tindakan PAS ini adalah munasabah dan inilah sebaik-baiknya untuk menjaga maruah Islam. Tiada orang lain lagi yang perlu menjaga maruah Islam selain dari bangsa Melayu yang beragama Islam.

PM hargai kenyataan Nik Aziz

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:
"PM hargai kenyataan Nik Aziz
BANDAR SERI BEGAWAN 6 Ogos - Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.
'Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu,' kata Najib pada sidang akhbar berhubung lawatannya ke Brunei Darussalam yang berakhir pagi ini.
Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.
Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: 'Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat,' katanya."

dipetik dari Utusan Malaysia.

********************************
Beginilah yang kita harapkan. Kerjasama dan bersatu hati antara umat Islam adalah perkara baik yang dituntut oleh Islam. Saya amat terharu dengan kata-kata PM dan kesudian Tok Guru bersama dalam program pelancaran SEZ ECER.

7 Wasiat Jamin Keamanan

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Baginda bertitah, wasiat disampaikan ketika Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:


  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);


  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain;

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar;

  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;


  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu;

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

    Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas berjudul Mitos Pribumi Malas, Keintelektualan Masyarakat Membangun dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi di sini, semalam.
  • ***************************

    Tujuh wasiat ini harus yang dititahkan oleh baginda Sultan Perak harus diteliti dan diambilkira oleh orang Melayu untuk diambil ikhtibar daripadanya. Kedaulatan raja Melayu harus dijaga oleh orang Melayu sendiri. Tanpa kedaulatan raja siapalah kita orang-orang Melayu!

    Khamis, Ogos 06, 2009

    Satu Renungan : PAS dan DAP, adakah kawan sejati? (2)

    Pembela"said...
    Memang jenis pencacai sukar untuk menerima kebenaran.

    Aku tak heran kalau orang kafir menentang Islam tetapi aku cukup benci dengan orang yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menentang Islam.

    Kalau menjadi pencacai adalah pilihan saudara,maka teruskan lah dan bersedialah untuk berhadapan dengan perhitungan ALLAH.

    Ameno telah melakukan pelbagai kemungkaran,kezaliman dan paling kejam menentang hukum Islam dari ditegakkan.

    Bila orang yang bukan Islam mempunyai hasrat yang sama dengan kita maka kita tidak ada halangan untuk bersama mereka menentang kezaliman.

    Teruskanlah perjuangan saudara menegakkan benang basah.Kebenaran pasti akan ditegakkan.
    August 5, 2009 5:09 PM"

    **************************
    Terima kasih di atas ulasan saudara.

    Saya tidak berasa apa-apa di atas tuduhan saudara bahawa saya adalah pencacai.
    Saya serahkan kepada Allah untuk menentukannya.

    Saya sedar bahawa saya seorang hamba Allah. Islam adalah agama saya dan Insya-Allah, saya akan mempertahankannya sehingga akhir hayat saya. Dengan tegas dan nyata saya katakan saya tidak sesekali menentang hukum Islam yang akan ditegakkan di bumi Malaysia ini.

    Saya tidak faham kezaliman apakah yang saudara maksudkan, bila berada di Malaysia ini. Adakah saudara merasa sukar untuk beribadat? Adakah saudara di halang untuk pergi ke masjid? Adakah saudara di halang untuk mencari rezeki yang halal? Menyebabkan saudara berkata zalim. Adakah setiap hari saudara merasa diganggu?

    Kalau saudara kata tidak, maka atas dasar apakah saudara mengatakan zalim?

    Islam tidak melarang kita berkawan dengan bukan Islam. Kawan yang baik akan melaksanakan apa yang kita cita-citakan. Tetapi adakah DAP mempunyai ciri-ciri kawan yang baik? Menghalang arak dirampas sebagaimana kes di Selangor, adakah patut PAS setujui? Apa guna berkawan kalau apa yang kita cita-citakan dihalang oleh kawan kita sendiri?
    Kalau kes ini pun tidak dapat diselesaikan, apakah DAP akan melaksanakan cita-cita PAS untuk menubuhkan negara Islam?

    Kalau begitu, patutkah semua orang Islam menyokong tindakan PAS berkawan dengan DAP ini?
    Saya rasa, tidak menjadi kesalahan kalau umat Islam tidak menyetujuinya.

    Saya amat menyetujui jika sekiranya, UMNO dan PAS berpadu demi menegakkan ISLAM. Jangan jadikan UMNO sebagai musuh PAS kerana didalam jiwa ahli UMNO ada roh ISLAM tetapi adakah roh ISLAM ada di dalam jiwa DAP?

    Adakah prinsip PKR, DAP dan PAS sama?

    Berita Harian Online: "SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak tunduk terhadap desakan Pas Selangor yang mahu wakil rakyat DAP, Ronnie Liu, digugurkan daripada barisan Exco negeri kerana didakwa mengguris hati umat Islam.

    Abdul Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam, menegaskan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri itu tidak akan digugurkan kerana ia bukan isu."

    *************************

    Berdasarkan pada berita yang diperolehi ini, saya yakin prinsip PKR dan PAS mengenai Islam tidak sama. Begitu jugalah dengan DAP. Dalam isu arak ini pun mereka sudah tidak sehaluan, apa lagi isu yang lebih besar seperti hudud dan sebagainya. Penyokong PAS haruslah sedar bahawa untuk membawa agama Islam di tempat yang teratas daripada perlembagaan negara, DAP dan PKR adalah bukan kawan yang layak bagi PAS kerana prinsip perjuangan mereka adalah berbeza. Perbezaan prinsip tidak dapat menyelesaikan isu yang timbul.
    Cita-cita PAS untuk memertabatkan Islam adalah satu angan-angan selagi berada dalam pakatan ini.

    Rabu, Ogos 05, 2009

    Demo ISA : Sedikit untung Tapi Banyak Rugi

    Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan haram gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.
    Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).
    Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga."

    *********************************
    Nampaknya Demo Anti-ISA menyusahkan para peniaga. Tetapi ada setengah daripada penyokong pembangkang mengatakan peniaga ada untung pada hari itu sebab orang yang pergi demo berbelanja besar di sana. Kalau untung, mengapa peniaga tuntut ganti rugi? Maknanya sedikit untung tapi banyak rugi.

    Satu Renungan : PAS dan DAP, adakah kawan sejati?

    Utusan Malaysia Online - Politik: "Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, antara masalah yang ditimbulkan Ronnie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu ialah sering campur tangan dalam tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.
    Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, campur tangan itu telah mengganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan terlibat.
    'Beberapa aduan mengenai tindakan Ronnie termasuk campur tangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai lalu dengan mempertikaikan keputusan PBT dan para pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan tugas ternyata mengingkari saluran pentadbiran yang sepatutnya.
    'Juga dalam operasi arak dan maksiat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Bandar Sunway dekat sini beberapa hari lalu,' katanya di sini hari ini.
    Kata Hassan, Ronnie telah mempersoalkan operasi itu dengan menghubungi Yang Dipertua MPSJ.
    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas untuk menyatakan pendirian Pas berhubung tindakan Ronnie mencampuri tugas PBT termasuk mengarahkan MBSA memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8 di sini Khamis lalu."

    *********************************
    Inilah bahayanya jika kita berkawan dengan kawan yang terang-terang menolak 'pegangan' kita. Jangan perjudikan pegangan kita kerana sekadar inginkan kuasa yang hanya sementara ini.
    Kawan sejati adalah kawan yang sama rasa, bukan rasa yang berbeza kerana bila rasa yang berbeza, tindakan juga tidak sama-sama timbang rasa.

    Muhyiddin "Jantan Sejati"

    Utusan Malaysia Online - Berita Utama: "PUTRAJAYA 4 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor, Ahad lalu.
    Timbalan Perdana Menteri turut mengakui kenyataan tersebut datang dari mulutnya sendiri dan bukan satu pembohongan.
    'Saya nak beritahu, saya tak kan minta maaf. Memang itu kenyataan yang saya buat, saya bukan bohong,' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.
    Beliau diminta mengulas tuntutan Anwar yang mahu dirinya menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.
    Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada Muhyiddin dan Utusan Malaysia.
    Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian."

    Sila klik di sini untuk melihat berita di Malaysiakini.
    ****************************
    Saya kagum dengan sikap TPM yang berani mengatakan sesuatu yang benar. Bagi saya, Muhyiddin adalah berani dan beliau saya anggap anak jantan sejati. Beginilah yang kita mahu, setiap pemimpin mesti bertanggungjawab di atas apa yang diucapkan dan tidak berdolak-dalik.

    Adakah UMNO bukan Jahanam Lagi?

    PM dan Tok Guru memegang anak kambing di Majlis Perasmian Zon Ekonomi Khas dan Agropolitan di Pekan.


    Perasmian Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan oleh Perdana Menteri yang disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Terengganu di Kampung Runchang, Pekan, Pahang.


    ********************
    Foto ini amat mencuit hati saya. Terfikir di hati saya adakah kedua-dua pemimpin ini ikhlas berada di sini dan pada masa ini? Mudah-mudahan kedua-duanya ikhlas kerana ikhlas adalah dituntut dalam Islam. Setiap amalan sekiranya dibuat secara ikhlas akan mendapat pahala dan kalau tidak ikhlas tidak mendapat apa-apa di sisi Allah. Melihat pada gambar ini, timbul persoalan pada diri saya, mungkinkah UMNO dan PAS boleh berpadu di suatu hari nanti? Saya amat mengalu-alukan perpaduan antara dua parti politik ini. Sekiranya UMNO dan PAS dapat dipadukan, Insya-Allah mungkin ramai orang Melayu akan menyokong perpaduan ini. Siapa tak sayang kepada agama dan bangsanya?
    Hanya orang Islam saja yang dapat menegakkan Islam, dan hanya orang Melayu yang dapat menjaga ketuanan Melayu. Usah bergantung dengan bangsa lain untuk menegakkan agama dan bangsa kita, kerana penggantungan ini akan menjadi sia-sia. Hanya kita yang tahu hal kita.
    Untuk memperkasakan agama dan bangsa kita, bagi saya YA pada UMNO dan PAS tetapi TIDAK pada PAS dan DAP.
    Dan yang pastinya kehadiran Tok Guru di majlis ini memberi persoalan pada saya, adakah UMNO bukan jahanam lagi?

    Isnin, Ogos 03, 2009

    Tempat khas untuk demo, elak susahkan rakyat

    Mungkin stadium ini bukan saja kita boleh menonton acara sukan tetapi demostrasi juga boleh ditonton secara langsung.

    Berita Harian Online:
    "MUAR: Kerajaan bersedia memberi kebenaran kepada pihak tertentu menganjurkan perhimpunan di tempat khas bagi membantah sesuatu isu di tempat yang sesuai kerana tidak mahu rakyat mengalami kesusahan seperti yang berlaku pada perhimpunan haram membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di ibu negara kelmarin.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan mengutamakan ketenteraman awam dan pembangkang sepatutnya menggunakan kawasan khas untuk berhimpun dan tidak mengadakan demonstrasi jalanan haram.

    'Kerajaan boleh memberi kebenaran kepada rakyat berkumpul, termasuk di stadium bagi mengelakkan demonstrasi jalanan yang menyusahkan rakyat dan menjejaskan lalu lintas."

    *********************
    Satu cadangan yang baik untuk mengelakkan kesusahan kepada masyarakat di sekitarnya. Kalau buat dalam stadium misalnya rakyat mungkin boleh mencari rezeki dengan menjual air minuman atau makanan bagi mereka yang berdemostrasi. Kerja polis pun mungkin lebih ringan, tak payah guna gas dan air untuk semburan bagi menyuraikan demo.
    Tetapi mungkin pembangkang tidak menyetujuinya kerana ada sebab-sebab tertentu yang pembangkang saja yang tahu.

    50,000 siswa IPTA dapat saham percuma '1Malaysia' - Malaysiakini

    50,000 siswa IPTA dapat saham percuma '1Malaysia' - Malaysiakini:
    "Seramai 50,000 pelajar tahun pertama di institusi pengajian tinggi awam dihadiahkan 100 unit percuma Amanah Saham 1Malaysia, demikian diumumkan perdana menteri sewaktu pelancaran tabung itu.
    Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata pemberian saham tersebut melibatkan mereka yang mendaftar di institusi berkenaan pertengahan tahun ini.

    'Ia merupakan satu pertimbangan khas, yang pencen pun dapat, dan yang bakal mewarisi kepimpinan negara pun dapat pertimbangan khas itu,' katanya sewaktu merasmikan saham amanah terbaru bersempena nama slogannya '1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' di Kuala Lumpur pagi ini.

    Tambahnya, saham amanah ini bernilai 10 bilion unit dengan harga RM1 seunit.

    Mohd Najib berkata peruntukan saham tersebut mampu untuk memberi suntikan kepada ekonomi negara dan pasaran ekuiti di Malaysia.

    'Saya berterima kasih kepada Permodalan Nasional Berhad kerana dengan pelancaran ini telah dapat merealisasikan janji saya kepada rakyat yang dibuat semasa ucapan sempena 100 hari saya sebagai perdana menteri, tiga minggu yang lalu,' katanya.

    Permohonan saham tersebut terbuka untuk dilanggan oleh rakyat Malaysia yang berumur atas 18 tahun bermula pada 5 Ogos ini, tambahnya."

    *******************************
    Bertuahlah kepada 50,000 pelajar IPTA itu yang dapat saham percuma. Pada zaman ini jarang orang yang hendak memberi benda secara percuma bahkan hendak buang benda kotor dalam perutpun kena bayar.

    Ahad, Ogos 02, 2009

    Demo Anti-ISA, Untungkah Rakyat?

    Tindakan kurang cerdik , rela membahayakan diri sendiri.

    Pengguna jalan Loke Yew terpaksa menempuh kesesakan lalulintas.

    Orang ramai lari bagi mengelak terperangkap dari demo anti-ISA.


    SEMALAM HARI MALANG

    Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Warga kota termasuk pelancong akan mengingati semalam sebagai hari yang malang untuk berada di Kuala Lumpur apabila tindakan kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan teruk.
    Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu."

    **********************
    Sekadar untuk kenangan bagi penulis.
    Kesian melihat orang ramai yang merasa resah ekoran daripada demo anti-ISA.

    Mungkin inilah keuntungan segera yang rakyat dapat???

    Wajarkah Di Tahan kerana Demo Anti-ISA?

    Dua wanita ditahan kerana demo anti-ISA.



    Pasukan Keselamatan menyuraikan perhimpunan dengan menggunakan
    semburan dan gas pemedih mata.


    Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "KUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Kuala Lumpur menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianjurkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di sekitar ibu negara sehingga pukul 9 malam ini.
    Daripada jumlah terbabit, seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah.
    Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, jumlah itu membabitkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.
    Beliau juga berkata, antara orang dewasa yang ditahan, sebanyak 73 berusia 51 tahun ke atas, manakala daripada 44 remaja, 20 merupakan pelajar sekolah yang berusia 17 tahun ke bawah.
    Polis turut menahan tujuh pelajar dari institut pengajian tinggi, tambahnya.
    ''Tangkapan terhadap mereka ini dibuat setelah arahan polis yang dikeluarkan supaya tidak menyertai perhimpunan itu gagal dipatuhi."

    ************************
    Penahanan ini adalah wajar kerana mengganggu ketenteraman awam.
    Berapa ramai orang tidak boleh berniaga pada hari itu???
    Berapa ramai orang tidak boleh pergi ke mana-mana tempat kerana jalan sesak???
    Berapa ramai orang tidak boleh guna kenderaan awam kerana gangguan lalulintas???
    Dan yang penting, setiap warganegara perlu mematuhi undang-undang yang telah digubal hasil mandat yang diberi oleh majoriti rakyat.
    Bagi yang tidak mematuhi undang-undang, maka layaklah dia ditahan.

    Doa Tok Guru sambut PM di Kota Bharu


    Utusan Malaysia Online - Berita Utama: "Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyangka Nik Abdul Aziz akan datang menyambutnya di lapangan terbang bersama pemimpin UMNO termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed."

    *************************
    Semacam tak percaya bila membaca berita ini maklumlah baru saja Tok Guru menyumpah dengan kata-kata, "pergi jahanam dengan UMNO". Tot tot Tok Guru pergi menyambut Ketua segala UMNO yang dikatakan jahanam itu???
    Pada pandangan saya, sebenarnya inilah yang Islam suruh, bukan kata-mengata dan keji-mengeji sesama Islam.
    Ini bermakna Tok Guru merestui Najib berkunjung ke Kelantan untuk merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kota Bharu.
    Semoga DOA Tok Guru memberkati Najib yang mengepalai UMNO.

    Sabtu, Ogos 01, 2009

    Kenangan : Demo anti-ISA










    20,000 sertai demo anti-ISA - Malaysiakini: "Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)."

    ********************
    Sekadar untuk kenangan bagi penulis.

    Melihat manusia yang kemaruk kehuru-haraan yang kononnya berani dan menganggap polis tidak bertimbang rasa dan kerajaan tidak demokratik.
    Kebanyakannya orang Melayu yang tidak sedar bahawa dia diperalatkan oleh bangsa lain yang ingin melihat kuasa Melayu hancur di buminya sendiri. Mungkinkah satu ketika nanti Melayu hilang kuasa kerana Melayu sendiri.
    Kalau tidak, mengapa Melayu dilihat ramai ....... di mana bangsa lain .....???