Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ahad, Mac 07, 2010

APA KATA ZULKIFLI NORDIN?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.


"Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang."

Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri), sehingga dalam setiap ceramahnya, hanya perkara itu ditekankannya dan bukannya soal parti.

Zulkifli yang bertegas untuk tidak membuat rayuan atau mengosongkan kerusinya turut mendakwa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam tetapi menjadikan agenda Islam untuk mainan politik picisan dan retorik murahan serta pembohongan jelas pada rakyat.



Malah, katanya, PKR turut membuat laungan palsu berhubung perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, mendaulatkan nilai dan prinsip keadilan sejagat.


Zulkifli sekali lagi mempersalahkan firaun kecil dalam PKR sebagai dalang untuk menghancurkan karier politiknya serta memecatnya daripada parti itu.

Petikan daripada Berita Harian Online.


"Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat seperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka.


"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, sebaliknya (mereka) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," katanya dalam kenyataan menerusi blognya, malam semalam.

Zulkifli berkata pada masa ini telah menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan 'pembunuhan karektor' yang tidak berasas terhadap sesiapa yang tidak bersetuju atau tidak mahu bersekongkol dengan mereka.


dipetik dari laman web Malaysiakini
 
ORANG YANG PERNAH DALAM PARTI TELAH BERANGGAPAN SEDEMIKIAN, MENGAPA TIDAK KITA?

SALAH SIAPA?

ISU AP PKR KELUAR PARTI

Perkembangan terbaru ini memburukkan lagi krisis dalam PKR. Makin ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti tersebut kerana hilang keyakinan. Antara yang keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen, Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. Dan yang terkini Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di pecat oleh PKR kerana Zulkifli lantang memperjuangkan agama dan bangsa.
Ini menjadikan PKR kehilangan empat Ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat.

Mengapa terjadi sedemikian?
ANWAR BERKATA BELIAU TERSALAH PILIH CALON.
atau
ADAKAH AP TERSEBUT juga TERSALAH PILIH ANWAR?
Segalanya mungkin.

Sabtu, Mac 06, 2010

APA KATA MUFTI PERAK?

PAS ANGKUH DAN KEMARUK KUASA


"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).


"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.


"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.


"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,"

Jumaat, Mac 05, 2010

PKR DALAM GELORA

 AHLI Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

Dengan tidak semena-mena ADUN DAN AP PKR keluar parti menjadi calon bebas. Mengapa mereka berbuat demikian. Ada orang kata mereka HILANG KEYAKINAN KEPADA KEPIMPINAN DSAI. Kalau ADUN DAN AP PKR beranggapan sedemikian, Mengapa tidak KITA?


Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)

ADUN yang keluar PKR dan masuk UMNO

Fairus Khairuddin, bekas TKM Pulau Pinang keluar PKR dan masuk UMNO
*********************

Anwar akui PKR hadapi masalah

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.


Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat Melaka, malam semalam.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat Melaka, malam semalam.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti.

- Bernama

MENGAPA kereta Kickdafella DI KHIANATI?

Jam 10:50 malam tadi sebuah kenderaan berhenti dihadapan rumah saya dan melemparkan kapak besi ke arah kereta saya.

Kapak berukuran hampir 12 inci itu mengenai cermin belakang kereta saya dan terpelanting lebih 2 meter
(Petikan kata-kata daripada blog kicdafella)

Saya amat terharu dengan kejadian ini. Mengapa orang sanggup buat begitu kepada Kickdafela. Mengapa keretanya dikapakkan. Tentu orang yang buat begini adalah orang jahat. Kalau orang baik-baik tidak buat begitu. Siapakah yang buat? Tentu ada kaitan dengan keadaan semasa. Fikir-fikirkan!

SULTAN KELANTAN PULANG, MENTERI BESAR SAKIT. ADAKAH SATU KEBETULAN ?

Sultan Kelantan selamat pulang dari Hospital Mount Elizabeth, Singapura selepas hampir 10 bulan dirawat di sana. Kita bersyukur kerana tuanku sembuh dari gering.
Tetapi saya tertanya-tanya, pada saat-saat kepulangan tuanku, Menteri Besar TGNA sepantutnya menyambut kepulangan tuanku, dikhabarkan tidak menyambut kepulangan tuanku kerana dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada.

Apakah ini satu KEBETULAN atau MUSLIHAT POLITIK?
Rakyat yang bijak tahu mentafsirkannya.

Petikan Berita KEPULANGAN Tuanku dari Utusan Online :

Sebahagian rakyat Kelantan menunggu ketibaan Tuanku Ismail Petra di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
 
SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra yang menerima rawatan di Singapura sejak Mei tahun lalu kelihatan ceria sejurus tiba dari negara itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 4 Mac.

KOTA BHARU 4 Mac - Setelah pelbagai kontroversi melanda institusi diraja negeri ini, akhirnya Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berangkat pulang tengah hari ini.

Baginda tiba dengan pesawat Kerajaan Malaysia kira-kira pukul 12.50 tengah hari selepas hampir 10 bulan dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Tuanku Ismail diiring Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid dan anakanda ketiganya, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra yang juga anakanda sulung baginda dilihat tiba dari Singapura kira-kira 30 minit lebih awal dengan menggunakan pesawat yang berasingan.
Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, Tuanku Ismail Petra yang berkerusi roda diiringi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian. Tuanku Ismail Petra kelihatan sihat dan sempat melemparkan senyuman kepada pemimpin-pemimpin negeri.
Seluruh kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob hadir untuk menyambut kepulangan baginda.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hadir kerana sedang dirawat di Hospital Univesiti Sains Malaysia (HUSM) sejak petang semalam.
Kira-kira 5,000 rakyat negeri ini membanjiri lapangan terbang dan pekarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian untuk menyambut keberangkatan pulang baginda.
Kebanyakan mereka memakai kemeja T berwarna biru, putih dan kuning yang tertera tulisan Daulat Tuanku.
Tetapi orang ramai yang menunggu sejak awal pagi agak kecewa apabila kenderaan yang membawa baginda tidak melalui kawasan perkarangan lapangan terbang tempat mereka berhimpun sebaliknya dibawa melalui jalan berbeza ke Istana Mahkota.
Pada perhimpunan tersebut terdapat individu mengedarkan risalah bertajuk, Penderhaka kepada sultan? Ia memaparkan gambar lima individu termasuk pegawai kanan kerajaan dan istana serta tiga ahli perniagaan.
Risalah tersebut dikatakan dipetik dari sebuah portal berita dan kesemua individu terbabit dipercayai telah dilucutkan gelaran 'datuk' dan anugerah Jasa Pendamai daripada baginda baru-baru ini.
Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui pihaknya tidak menerima arahan secara rasmi daripada pejabat pengelola Istana untuk menyambut kepulangan baginda.
Mengulas mengenai keadaan Nik Abdul Aziz, beliau berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya menjalani rawatan biasa dan diminta berehat.
Tuanku Ismail Petra yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei lalu untuk menerima rawatan.
Baginda kemudiannya dihantar ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei lalu.

Petikan Berita Nik Aziz masuk hospital dari Malaysiakini :

 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika menjalani pemeriksaan di klinik jantung universiti itu, Nik Aziz merasa sakit di dada sebelah kiri.
Nik Aziz kini ditempatkan di wad orang kenamaan di hospital tersebut, tambah Ahmad Fadhli kepada Malaysiakini hari ini.
Masalah kesihatan Nik Aziz itu dipercayai menyebabkannya tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang hari ini dari mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.
Ditanya tentang tahap kesihatan semasa mursyidul am PAS itu, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz semakin pulih.
“Pukul 12.00 tengah hari tadi saya melawat beliau. Keadaannya alhamdulillah bertambah baik. Sudah (boleh) baca surat khabar.”
Tambahnya, Nik Aziz dijangka dapat keluar daripada wad dan bertugas seperti biasa tidak berapa lama lagi.
“Tengoklah dalam dua, tiga hari lagi,” kata Ahmad Fadhli lagi.