Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Selasa, April 19, 2011

1malaysia RAKYAT yang menyokong harus DIDAHULUKAN!

Rakyat yang menyokong dan mendokong kita harus di dahulukan.
Belalah orang yang menyayangi kita dahulu dari membela orang yang membenci kita kerana dengan membela orang yang menyayangi lebih utama daripada membela orang yang membenci kita.

Benci lawan benci. Sayang lawan sayang.
Tiada maknanya sayang kepada orang yang bencikan kita tetapi amat bermakna jika kita sayang kepada orang yang sayangkan kita.

Kalau orang dah benci, walaupun kita memberi bunga sekalipun, dia tak pandang lagi. Pemberian kita tiada ertinya umpama memberi sekuntum bunga kepada seekor beruk. Beruk itu akan merenyuk-renyukkan bunga itu hingga hancur. Dia tidak menciumnya sekali-kali malahan diinjak-injakkannya dengan kaki. Tiada maknanya semua itu, malahan ia akan menyakitkan hati kita.

Harus kita ingat...
Andainya pada hari ini kita tidak peduli kepada orang yang sayangkan kita, mungkin besok dia akan lebih benci daripada orang yang benci kita pada hari ini. Kita harus menjaga hati orang yang sayangkan kita lebih daripada menjaga hati orang yang bencikan kita.

PRN Sarawak telah membuktikan segalanya. Ia sedikit-sebanyak melambangkan PRU 13. Justeru itu, jagalah hati mereka yang menyokong. Jangan pedulikan kepada yang membangkang kerana kadang-kadang kita harus memberi pengajaran kepada mereka. Pengalaman beberapa pilihanraya kecil membuktikannya! Semakin kita memberi semakin dia membenci kita.
Salahkah kita?

Tiada ulasan: