Mungkin stadium ini bukan saja kita boleh menonton acara sukan tetapi demostrasi juga boleh ditonton secara langsung.Berita Harian Online:
"MUAR: Kerajaan bersedia memberi kebenaran kepada pihak tertentu menganjurkan perhimpunan di tempat khas bagi membantah sesuatu isu di tempat yang sesuai kerana tidak mahu rakyat mengalami kesusahan seperti yang berlaku pada perhimpunan haram membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di ibu negara kelmarin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan mengutamakan ketenteraman awam dan pembangkang sepatutnya menggunakan kawasan khas untuk berhimpun dan tidak mengadakan demonstrasi jalanan haram.
'Kerajaan boleh memberi kebenaran kepada rakyat berkumpul, termasuk di stadium bagi mengelakkan demonstrasi jalanan yang menyusahkan rakyat dan menjejaskan lalu lintas."
*********************
Satu cadangan yang baik untuk mengelakkan kesusahan kepada masyarakat di sekitarnya. Kalau buat dalam stadium misalnya rakyat mungkin boleh mencari rezeki dengan menjual air minuman atau makanan bagi mereka yang berdemostrasi. Kerja polis pun mungkin lebih ringan, tak payah guna gas dan air untuk semburan bagi menyuraikan demo.
Tetapi mungkin pembangkang tidak menyetujuinya kerana ada sebab-sebab tertentu yang pembangkang saja yang tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan