
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "KUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Kuala Lumpur menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianjurkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di sekitar ibu negara sehingga pukul 9 malam ini.
Daripada jumlah terbabit, seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, jumlah itu membabitkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.
Beliau juga berkata, antara orang dewasa yang ditahan, sebanyak 73 berusia 51 tahun ke atas, manakala daripada 44 remaja, 20 merupakan pelajar sekolah yang berusia 17 tahun ke bawah.
Polis turut menahan tujuh pelajar dari institut pengajian tinggi, tambahnya.
''Tangkapan terhadap mereka ini dibuat setelah arahan polis yang dikeluarkan supaya tidak menyertai perhimpunan itu gagal dipatuhi."
************************
Penahanan ini adalah wajar kerana mengganggu ketenteraman awam.
Berapa ramai orang tidak boleh berniaga pada hari itu???
Berapa ramai orang tidak boleh pergi ke mana-mana tempat kerana jalan sesak???
Berapa ramai orang tidak boleh guna kenderaan awam kerana gangguan lalulintas???Daripada jumlah terbabit, seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, jumlah itu membabitkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.
Beliau juga berkata, antara orang dewasa yang ditahan, sebanyak 73 berusia 51 tahun ke atas, manakala daripada 44 remaja, 20 merupakan pelajar sekolah yang berusia 17 tahun ke bawah.
Polis turut menahan tujuh pelajar dari institut pengajian tinggi, tambahnya.
''Tangkapan terhadap mereka ini dibuat setelah arahan polis yang dikeluarkan supaya tidak menyertai perhimpunan itu gagal dipatuhi."
************************
Penahanan ini adalah wajar kerana mengganggu ketenteraman awam.
Berapa ramai orang tidak boleh berniaga pada hari itu???
Berapa ramai orang tidak boleh pergi ke mana-mana tempat kerana jalan sesak???
Dan yang penting, setiap warganegara perlu mematuhi undang-undang yang telah digubal hasil mandat yang diberi oleh majoriti rakyat.
Bagi yang tidak mematuhi undang-undang, maka layaklah dia ditahan.


2 ulasan:
Bila ditanya berbaloikah ditangkap kerana berdemo demi untuk menghapuskan ISA yang terlalu amat zalim,maka jawapan aku adalah TERLALU AMAT BERBALOI,daripada orang yang menyokong perkara-perkara yang zalim.
Menentang kezaliman adalah sunnah Rasullullah SAW.Paham-paham ler bila ianya sunnah.
Perkara turun ke jalanraya adalah isu yang lain.Rakyat telah mengunakan pelbagai saluran untuk menyatakan suara mereka untuk menghapuskan akta zalim ini,tetapi sedikitpun tidak mendapat perhatian dari pihak kerajaan toghut ini.
Dengan turun kejalan raya,maka rakyat dapat memberikan tekanan kepada kerajaan supaya sedar bahawa majorti rakyat amat mengharapkan supaya akta zalim ini dihapuskan.
Namun kerajaan yang mengamalkan pentadbiran ala yahudi ini telah mengambil pendekatan untuk menlanyak rakyat yang cuba menyampaikan mesej secara aman.
Tindakan polis yang keterlaluan adalah arahan dari pihak atasan iaitu menteri dalam negeri yang otak taraf pencacai.mamat mulut besar lidah kontot ini telah mempergunakan polis untuk mempertahankan kezaliman isa.
Perkara yang zalim apabila disokong maka anda juga menjadi insan yang zalim.Perkara zalim apabila dipertahankan maka anda juga menjadi orang yang zalim.
Sekurang-kurangnya walaupun tidak berani untuk turun sama berdemo,nyatakan lah ketidaksetujuan kita dengan cara yang lain,JANGAN SESEKALI DIPERLEKEHKAN ORANG-ORANG YANG BERANI MENYATAKAN KEBENARAN WALAUPUN DENGAN JIWA DAN RAGA MEREKA MENJADI TARUHAN.
Sedarlah wahai saudaraku,bahawa jihad itu sunnah,menentang kezaliman itu sunnah dan hanya duduk berdiam diri melihat kemungkaran berlaku disekitar kita adalah dosa besar dan nerakalah layak bagi dirinya.
Selemah-lemah iman adalah tidak bersetuju didalam hati dengan perbuatan mungkar dan zalim,tetapi dalam masa yang sama Islam tidak mengajar kita untuk hanya berada ditakuk yang sama pada setiap masa.
Sedarlah wahai saudara ku,sebelum terlambat.
Berpikir dengan iman,bukan akal semata.
Penahan ini adalah wajar?
Terlalu lemah pemikiran saudara.Terlalu singkat perhitungan suadara.
Jangan hanya kerana membaca laporan akhbar arus perdana yang ternyata berat sebelah maka saudara terus membuat kesimpulan.
Berpikirlah dengan waras sebelum membuat sesuatu kesimpulan kerana mungkin sahaja kesimpulan yang kita buat tanpa akal yang waras membuatkan kita terjerumus kelembah kehinaan.Tidak mustahil kesimpulan yang kita buat tanpa akal yang waras akan mencampakkan diri kita kedalam neraka Allah nauzubillah.
Berpikir dengan iman,bukan akal semata.
Catat Ulasan