Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Isnin, Ogos 03, 2009

50,000 siswa IPTA dapat saham percuma '1Malaysia' - Malaysiakini

50,000 siswa IPTA dapat saham percuma '1Malaysia' - Malaysiakini:
"Seramai 50,000 pelajar tahun pertama di institusi pengajian tinggi awam dihadiahkan 100 unit percuma Amanah Saham 1Malaysia, demikian diumumkan perdana menteri sewaktu pelancaran tabung itu.
Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata pemberian saham tersebut melibatkan mereka yang mendaftar di institusi berkenaan pertengahan tahun ini.

'Ia merupakan satu pertimbangan khas, yang pencen pun dapat, dan yang bakal mewarisi kepimpinan negara pun dapat pertimbangan khas itu,' katanya sewaktu merasmikan saham amanah terbaru bersempena nama slogannya '1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' di Kuala Lumpur pagi ini.

Tambahnya, saham amanah ini bernilai 10 bilion unit dengan harga RM1 seunit.

Mohd Najib berkata peruntukan saham tersebut mampu untuk memberi suntikan kepada ekonomi negara dan pasaran ekuiti di Malaysia.

'Saya berterima kasih kepada Permodalan Nasional Berhad kerana dengan pelancaran ini telah dapat merealisasikan janji saya kepada rakyat yang dibuat semasa ucapan sempena 100 hari saya sebagai perdana menteri, tiga minggu yang lalu,' katanya.

Permohonan saham tersebut terbuka untuk dilanggan oleh rakyat Malaysia yang berumur atas 18 tahun bermula pada 5 Ogos ini, tambahnya."

*******************************
Bertuahlah kepada 50,000 pelajar IPTA itu yang dapat saham percuma. Pada zaman ini jarang orang yang hendak memberi benda secara percuma bahkan hendak buang benda kotor dalam perutpun kena bayar.

Tiada ulasan: