Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rabu, Ogos 05, 2009

Adakah UMNO bukan Jahanam Lagi?

PM dan Tok Guru memegang anak kambing di Majlis Perasmian Zon Ekonomi Khas dan Agropolitan di Pekan.


Perasmian Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan oleh Perdana Menteri yang disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Terengganu di Kampung Runchang, Pekan, Pahang.


********************
Foto ini amat mencuit hati saya. Terfikir di hati saya adakah kedua-dua pemimpin ini ikhlas berada di sini dan pada masa ini? Mudah-mudahan kedua-duanya ikhlas kerana ikhlas adalah dituntut dalam Islam. Setiap amalan sekiranya dibuat secara ikhlas akan mendapat pahala dan kalau tidak ikhlas tidak mendapat apa-apa di sisi Allah. Melihat pada gambar ini, timbul persoalan pada diri saya, mungkinkah UMNO dan PAS boleh berpadu di suatu hari nanti? Saya amat mengalu-alukan perpaduan antara dua parti politik ini. Sekiranya UMNO dan PAS dapat dipadukan, Insya-Allah mungkin ramai orang Melayu akan menyokong perpaduan ini. Siapa tak sayang kepada agama dan bangsanya?
Hanya orang Islam saja yang dapat menegakkan Islam, dan hanya orang Melayu yang dapat menjaga ketuanan Melayu. Usah bergantung dengan bangsa lain untuk menegakkan agama dan bangsa kita, kerana penggantungan ini akan menjadi sia-sia. Hanya kita yang tahu hal kita.
Untuk memperkasakan agama dan bangsa kita, bagi saya YA pada UMNO dan PAS tetapi TIDAK pada PAS dan DAP.
Dan yang pastinya kehadiran Tok Guru di majlis ini memberi persoalan pada saya, adakah UMNO bukan jahanam lagi?

Tiada ulasan: