Sambutan Merdeka 2009
Sambutan Merdeka 1957
Teringat dengan cerita orang tua dahulu yang menceritakan zaman sebelum kemerdekaan dimana pada masa itu elektrik belum ada lagi. Jalan berturap pun belum ada lagi. Pada masa itu orang menggunakan denai-denai dan lorong-lorong kecil untuk pergi ke sesuatu tempat. Kenderaan pada masa itu, kalau ada pun hanya basikal. Itupun sudah dikira orang yang berada yang menggunakannya.
Ketika zaman Jepun menyerang Tanah Melayu, askar-askar Jepun masuk kampung dan mencari makanan, dipaksanya orang kampung panjat pokok kelapa. Kalau tidak tahu panjat pun jadi tahu sebab muncung benet senapang Jepun dicucuk bawah punggung. Bukan itu saja bini orang kampung pun diperkosanya. Kalau suaminya tidak bagi atau melawan dibunuhnya.
Makanan pula pada masa itu adalah ubi kayu, buah-buahan dan pucuk-pucuk kayu. Begitulah susah senangnya pada zaman Jepun dahulu.
Tetapi kini, sudah 52 tahun kita merdeka banyak bezanya. Kebanyakan setiap rumah sudah ada sebuah kereta sekurang-kurangnya kereta buatan Malaysia seperti kereta kancil, viva, myvi, saga, wira, Gen2, pesona, perdana atau lain-lain kereta import bagi yang berada.
Kalaulah kita masih dijajah sampai hari ini, adakah kita boleh mengecapi hidup seperti ini?
Tidak ramai yang sanggup mengibarkan bendera pada hari ini tanda kesyukuran kerana kemerdekaan tetapi ramai yang bertanya-tanya tidak adakah bonos pada tahun ini?



Tiada ulasan:
Catat Ulasan