Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Khamis, Julai 30, 2009

Patutkah UMNO disumpah???

Pembela: "said...
Kata2 mak pemuda cakna bukanlah berdasar pada ALquraan tetapi hanya sekadar adat bersopan.Bukan bermakna bila mak saudara melarang menyumpah,maka perbuatan itu haram.

Bahasa kasar atau lembut yang diletakkan pada tempat-tempat tertentu adalah tidak bersalahan dengan hukum.

Bagi yahudi dan kafir yang menentang Islam maka selayaknyalah bahasa kasar digunakan.

Kalau peragai macam yahudi pun memang layak disumpah.

Pikir dengan iman bukan dengan akal semata."

*************************
Terima kasih atas ulasan saudara.
Ulasan saudara membolehkan kita bertukar-tukar pendapat. Saya amat mengalu-alukannya kerana bertukar-tukar pendapat adalah salah satu cabang dari ilmu.

Cuma satu saja saya berasa terkilan, iaitu mengapa sumpahan ini dilemparkan kepada orang Islam (UMNO yang rata-ratanya orang Islam) sedangkan orang DAP tidak sedemikian padahal DAP terang-terang menentang Islam (DAP yang rata-ratanya orang kafir) dan sanggup berbaik-baik dan dibuat kawan. Adakah UMNO dianggap yahudi dan DAP dianggap bukan yahudi???
Menyumpah UMNO bermakna menyumpah semua orang Islam yang berahlikan UMNO. UMNO tidak menentang Islam. Layakkah ia disumpah???
Bagi saya, sumpahan ini layak untuk DAP dan tidak layak untuk UMNO. Itupun kalau meyumpah (termasuk juga mencarut) dibenarkan dalam Islam???
Saya mengajukan persoalan ini adalah disebabkan saya amat daif dari segi hukum hakam. Sekiranya saudara berpendapat bahawa menyumpah itu halal sesama orang Islam, terpulanglah kepada saudara kerana pemahaman kita adalah berbeza.

3 ulasan:

Pembela berkata...

Dari awal saya katakan saudara kena membezakan UMNO dengan ORAN UMNO,dan PAS dengan ORANG PAS.

PAS meletakan Islam sebagai dasar perjuangannya,UMNO meletakkan NATIONAL atau KEBANGSAAN sebagai dasar perjuangan.Disini perbezaannya adalah sangat jelas.

Dasar ini memainkan peranan teramat penting.Dasar perjuangan adalah AQIDAH perjuangan.Aqidah bagi orang ISLAM mestilah 100% tidak boleh kurang walaupun 0.0001% sekalipun.Apabila ada 'waham' atau ragu didlm aqidah kita maka iman kita tidak sah.Begitu juga dasar perjuangan.Ini perkara pokok yang perlu saudara faham dan atas sebab itu PAS menentang UMNO.

PAS tidak menentang ORANG UMNO,malah orang PAS tetap ada hubungan dengan orang UMNO.Tetapi dasar perjuangan UMNO yang tidak ISLAM itu menyebabkan PAS menentang UMNO.

UMNO mempunyai kuasa untuk mengubah perlembagaan dari perlembagaan tidak Islam kepada Islam tetapi UMNO bukan sahaja tidak melakukannya bahkan UMNO mengatakan undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan didalam masyarakat majmuk.Adakah itu suara dari Islam?itu persoalannya.

Manakala hubungan PAS dengan DAP pula adalah seseuatu perkara yang berbeza.Kita memang ada hubungan dengan DAP atas dasar untuk menumbangkan UMNO.Walaupun dasar DAP adalah demokratik tetapi DAP masih boleh menerima Islam sebagai kawan atau sahabat.Bahkan dalam tempoh persahabatan singkat kita dengan DAP,kita telah mampu menyampaikan dakwah kita kepada sebilangan orang2 DAP.

Dengan tidak menafikan ada sebilangan pemimpin DAP yang menolak perundangan Islam tetapi kita faham tindakan tersebut adalah kerana dia orang bukan Islam.Tetapi UMNO yang mempersendakan hukum Islam kita nak takrifkan sebagai apa?Kalau orang UMNO adalah orang Islam,kenapa sanggup mempertikaikan Hudud sebagai hudud PAS.

Andai hudud yang dicadangkan oleh PAS adalah hudud PAS,maka kenapa tidak UMNO merangka hudud?

Jadi jelas kepada kita Islam mesti ditegakkan,tak kira oleh PAS atau Siapa sahaja.Sekiranya UMNO nak melaksanakan Islam sebagai DASAR dan PERLEMBAGAAN maka PAS sedia membantu UMNO,selagi UMNO tidak sanggup,maka selagi itu PAS akan menentang UMNO.

Berpikir dengan iman bukan akal semata.

Pembela berkata...

Berkenaan 'Menyumpah',saudara perlu jelas dengan apa yang terdapat didalam AlQuraan.

AlQuraan diturunkan kepada umat manusia termasuk jin.Jadi apabila ianya diturunkan kepada manusia,maka pengajarannya adalah untuk manusia.

Apabila AlQuraan mengatakan :

1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

surah Al Hmazah.

ayat ini bukan ditujukan khusus kepada orang kafir tetapi ianya adalah ditujukan kepada mansia,kafir atau Islam.

Dari surah Allahab

1. Binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!

Ayat ini ditujukan kepada orang yang menentang Islam bukan khusus untuk abu lahab sahaja kerana sifat AlQuraan,pengajarannya adalah sepanjang zaman.

Apabila ada sifat abu lahab itu pada diri seseorang maka dia memang layak mendapat kutukan atau layak disumpah.

Berpikir dengan iman bukan dengan akal semata.

Pembela berkata...

Saudara masih mempunyai jiwa yang besar,tentu sahaja saudara mampu membezakan yang hak dengan yang batil.

Sifat berlapang dada saudara membuatkan saya amat menghurmati saudara.

Dengan ini saya menyeru supaya saudara meninggalkan UMNO yang jelas dasarnya tidak Islam.Selagi UMNO tidak menukar dasarnya kepada Islam jangan kembali kepadanya.Jiwa suadara masih hidup,kembalilah pada Islam.

Umpama bekas yang kotor dan bekas yang bersih.Buang atau cuci bekas yang kotor itu sebelum diisi makanan yang bersih.Barulah kita boleh makan dari bekas tersebut.

Berpikir dengan iman bukan dengan akal semata.