
Terkejut saya, bila melalui jalan Tawang, Bachok, Kelantan melihat berhala sebesar macam gergasi. Hati saya berdebar-debar, degup jantung saya bergerak kencang seolah-olah tidak percaya bahawa negeri yang dikenali dengan Serambi Mekah dan diperintah oleh Tok Guru yang kuat Islamnya mempunyai BERHALA yang sebesar dan setinggi itu. Dalam fikiran saya apakah ini yang dikatakan 'memertabatkan Islam'. Saya beristighfar banyak-banyak, dan teringat saya pada mula-mula PAS menguasai negeri Kelantan dulu, patung kijang dimusnahkan kerana dikatakan tidak sesuai dengan syariat Islam. Tetapi mengapakah BERHALA sebesar dan setinggi ini diluluskan dan didirikan? Adakah dia sesuai dengan syariat Islam? Saya meninggalkan tempat ini dengan mengucap panjang. "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan