Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rabu, Julai 22, 2009

Antara 2 Bungalow Menteri Besar

Bungalow Khalid Ibrahim
Bungalow Khir Toyo

Antara kedua-duanya adalah mewah dan memakan kos berjuta-juta. Tetapi mengapakah bungalow Khir Toyo saja menjadi isu pihak pembangkang? Sepatutnya bungalow Khalid juga dijadikan isu untuk berlaku adil. Kita tidak boleh menyembunyikan isu puak kita sedangkan puak orang lain diuar-uarkan.
Bagi saya buatlah bungalow sebesar manapun asalkan mampu dan menggunakan duit halal adalah tidak menjadi hal. Kita yang tak mampu berbuat demikian usahlah dengki mendengki dan tuduh-menuduh yang bukan-bukan.

1 ulasan:

Ayiem berkata...

Saudara patut faham,sebelum menjadi MB memang TS Khalid Ibrahim adalah seorang yang kaya.Tidak hairanlah kalau beliau memiliki sebuah bungalow yang mewah.

Berbeza dengan DS Khir yang membeli tanah untuk membina bungalow yang menimbulkan keraguan pihak lain.

Jadi nasihat saya kepada pemuda cakna,ketahui dahulu latar belakang sebelum menulis yang bertujuan untuk menimbulkan keraguan.