


Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah memenangi Pilihan Raya Kecil Manek Urai mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti tipis 65 undi (majoriti nyawa-nyawa ikan). Calon PAS mendapat 5,368 manakala calon BN mendapat 5,283. Dengan keputusan itu bermakna kemorosotan majoriti PAS sebanyak 1287 undi. Boleh dikatakan rakyat Manek Urai semakin menerima pembaharuan dan isu pembangunan yang diuar-uarkan oleh BN.
Walaupun demikian, ada setengah berpendapat walaupun BN kalah tetapi kalahnya bermaruah. Ini adalah satu petanda rakyat semakin menerima BN. Ia juga satu kemenangan moral kepada BN. Pada pilihan raya 2008 PAS menang dengan majoriti 1,352 undi manakala pada pilihan raya ini majoriti hanya 65 undi sahaja.
BN menang di lima pusat pengundian iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.
PAS pula menang empat pusat pengundian iaitu Lata Rek, Peria, Chuhuh Puteri dan Sungai Sok.
Mungkin PAS walaupun menang tetapi tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan mengapa jumlah penyokongnya semakin merosot? Ada sesuatu yang tidak kena PAS buat yang membuatkan undinya pada kali ini jatuh menjunam.
Menuduh BN mengamalkan rasuah dengan kemerosotan ini adalah tidak tepat. Kalau tuduh juga seolah-olah menyalahkan rakyat yang pelahap duit untuk memangkah. Perlu disedari rakyat tidak boleh dituduh begitu kerana rakyat sekarang telah berpelajaran sekurang-kurangnya seperti calon PAS ataupun lebih tinggi sehingga mendapat diploma dan ijazah. Undi mereka tidak boleh dibeli melainkan mungkin mereka memakai nasihat kata-kata orang tersohor iaitu 'Beri gula kacau, beri duit ambil tapi pangkah belum tentu'. Kena buat pemilihan bijak.
Pada saya kemenangan PAS ini adalah sudah ketentuan dari Allah. Kedua-duanya haruslah sedar mengapa menang dan mengapa kalah? Ambillah iktibar daripadanya.
Yang pastiya rakyat Manek Urai sudah boleh menerima pembaharuan dan isu-isu yang diuar-uarkan oleb BN. Golongan muda pula mula beralih arah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan