Ayuh! Bersatulah Bangsaku.

Firman Allah Taala :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Fikirkan masa depan Agama kita. Fikirkan masa depan Anak Cucu Kita. Bersamalah kita membina Negara Bangsa ke arah Kesejahteraan dan Keberkatan hidup Dunia dan Akhirat. Keamanan, Kedamaian, Keharmonian, haruslah dipelihara dan dikekalkan. Malaysia Negara Tercinta, Tempat Tumpah darah, Anak Cucu Kita. Harus dipelihara Sampai Bila-bila.

ISLAM HIDUP DAN MATIKU

ISLAM HIDUP DAN MATIKU
IKUTI SUNNAH RASULULLAH kerana BAGINDA contoh pejuang ISLAM YANG TULEN yang diredhai ALLAH, bukan ULAMAK POLITIK YANG MENGHUKUM mengikut kepentingan politik dan keuntungan PUAKNYA sahaja. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rabu, Julai 29, 2009

Sah Nik Aziz seorang 'tok guru politik'

utusan malaysia, 29 Julai 2009
KOTA BHARU 28 Julai - Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat tetapi menolak kerjasama dengan UMNO mengesahkan bahawa beliau adalah seorang 'tok guru politik'.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, ia juga jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz hanya mementingkan politik berbanding perpaduan ummah.
Beliau berkata, jika alasan Perlembagaan yang menjadi ukuran, Kerajaan Pusat telah lama menunaikannya malah turut memberikan 'bonus' kepada Kelantan.
''Kenyataan terbaru ini menunjukkan Nik Abdul Aziz tak boleh pakai lagi sebab terlalu retorik dan lebih mementingkan politik daripada perpaduan ummah, politik lebih daripada segala-galanya.
''Hubungan Kerajaan Pusat dengan negeri sudah lama baik, yang wajib (peruntukan) sudah dapat, yang sunat pun dah diberi seperti soft loan. Jika tidak, Kelantan tidak akan berada seperti hari ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menjelaskan 'salam' yang dihulurkan adalah hanya untuk hubungan di antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat tanpa melibatkan Pas dan UMNO.
Mursyidul Am Pas itu juga mengeluarkan kenyataan keras untuk menegakkan pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan: ''Pergi jahanamlah UMNO''.
Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Nik Abdul Aziz tidak memahami peraturan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri.
''Beliau tidak faham peraturan kerajaan sebab itu dia ingat duit semua kena bagi dekat kerajaan negeri, cuma ada kaedah ada saluran.
''Kerajaan negeri ada saluran, tak boleh tukar kaedah. Sama saja di seluruh negara contohnya di Sabah dan Terengganu ada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) selepas kita menang.
''Negeri lain kita perintah ada juga, cumanya tidak dipanggil JPP, ia diketuai oleh Pegawai Kemajuan Negeri yang datang dari Jabatan Perdana Menteri juga,'' katanya.
Menurutnya, Nik Abdul Aziz hanya berselindung di sebalik watak dan pakaiannya manakala wajah sebenarnya tidak nampak.
Mengulas perkataan jahanam yang digunakan, Alwi berkata, ia sepatutnya dilemparkan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.
''Jahanam adalah sebenarnya neraka untuk orang kafir, Karpal Singh yang patut jahanam sebab dia kata langkah mayatnya dulu sebelum tubuh negara Islam, UMNO tidak pernah menentang Islam.
''Pokoknya Nik Abdul Aziz tidak boleh pakai selepas ini, saya tak nak komen lagi, buang masa, saya hanya berdoa dan memohon agar dia mendapat taufik dan hidayah,'' katanya.
*************
Dipetik dari Utusan Malaysia untuk koleksi penulis.

2 ulasan:

Pembela berkata...

Antara ciri-ciri pertubuhan Islam adalah DASARnya wajib ISLAM,perlembagaanya wajib ALQURAN DAN ASSUNNAH,IJMA'dan QIAS MUKTABAR.Perjuangannya adalah wajib MENYELURUH,bukan setengah2.

Cuba tengok pada UMNO,ada ke tak benda tuh?

Bekas yang bersih diisi makanan baru boleh makan,tapi kalau bekas tuh kotor tergamak ke nak makan dari bekas tuh?

Berfikir dengan iman bukan akal semata.

Pembela berkata...

Kalau nak cerita berkenaan UMNO menentang Islam nih banyak boleh diceritakan.

Dalam sedar atau tidak tuh soal lain,tetapi didalam membuat kenyataan boleh kita sendiri nilai betapa pemimpin UMNO ini menentang Islam.

Bila nak buat hudud,pemimpin UMNO kata tak sesuai dalam zaman ni kerana masyarakat majmuk.

Banyak lagi kenyataan-kenyatan pimpinan UMNO yang terang-terang menghina Islam wahai pemuda cakna weh.

Berpikir dengan iman bukan akal semata.