
Malaysiakini: "Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata jika perhimpunan boleh mendatangkan huru-hara, haram bagi mana-mana pihak menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Beliau dipetik berkata, jika undang-undang sudah mengklasifikasikan perhimpunan itu sebagai haram, maka hukumnya menganjur dan menyertai perhimpunan itu adalah haram."
Beliau dipetik berkata, jika undang-undang sudah mengklasifikasikan perhimpunan itu sebagai haram, maka hukumnya menganjur dan menyertai perhimpunan itu adalah haram."
**********************
Pernyataan Mufti Perak ini haruslah diikuti kerana pada pandangan saya, pernyataan ini adalah lahir dari hati yang tulus ikhlas agar demo anti ISA tidak dilaksanakan. Beliau seorang mufti dan tidak berada dipihak mana-mana parti politik sebab beliau tidak berahlikan ahli politik tertentu. Pada saya pernyataan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Pernyataannya lahir dari hati yang tulus ikhlas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pernyataannya adalah berteraskan Islam berdasarkan ilmu yang ada padanya untuk mengelakkan dari berlakunya huru-hara dan kacau-bilau yang tidak menentu dan membuatkan suasana tidak aman.
1 ulasan:
Bagi aku Mufti Perak ternyata berpihak.Kenyataan beliau juga adalah kenyatan politik yang berpihak.
Terlalu jelas sikap berpihak Mufti Perak.
Buktinya berani mengeluarkan fatwa bahawa jom heboh haram,tetapi diam membisu seribu bahasa apabila jom heboh diadakan di Perak baru-baru ini.
Banyak lagi kenyataan2 yang amat berpihak dilakukan oleh Mufti Perak sebelum ini.
Kesimpulannya Mufti Perak adalah orang yang menyokong ameno.
Catat Ulasan