PORT DICKSON 29 Sept. - Pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Samad, 60, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dibuat atas kehendak akar umbi dan pengundi serta selaras dengan konsep rakyat didahulukan. - Utusan
Tan Sri Mohd. Isa Samad, 60, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas Naib Presiden UMNO. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson.
(Gambar:Zulkefly (tengah) dijulang oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat dalam majlis pengumuman calon di Pejabat Induk DAP, Batu 9, Telok Kemang - HARAKAH)
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang. Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang.
Kerusi DUN Bagan Pinang telah kosong kerana kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari UMNO/BN yang meninggal dunia 4 september lalu. Azman menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun 2008. Azman yang juga Naib Ketua Bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.
Kawasan DUN Bagan Pinang mempunyai lapan daerah mengundi iaitu Pekan Siliau, Teluk Kemang, Ladang Atherton, Ladang Bradwall, Kampung Bagan Pinang, Taman Eastern, Sua Betong dan SiRusa.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan diadakan pada 11 Oktober ini .



Tiada ulasan:
Catat Ulasan