Beliau berpendapat negara berkebajikan sepatutnya tidak perlu menjadi pegangan PAS kerana negara lain yang bukan Islam di dunia ini pun boleh melaksanakan pegangan ini.
Jadi, apa bezanya PAS daripada parti yang lain?
=============================Merintis kebenaran, meraih keberkatan, bersama menuju jalan yang diredhai.
Ternyata BN memilih Ku Li sebagai pengarah pilihanraya di Galas tidak sia-sia dan Tok Pa yang menyerahkan kepada Ku Li tidak sepandir yang disangkakan oleh penyokong PAS.
Nampaknya dengan perlantikan ini lawan merasa gerun. Barangkali ketokohan Tengku Razaleigh di kawasan itu tidak boleh ditanding lagi.
Seramai 11,553 pemilih berdaftar yang layak membuang undi pada hari pengundian. Daripada senarai pemilih itu 127 daripadanya adalah pengundi pos dan 11,426 adalah pengundi biasa.
Kalau dulu mereka ini membenci sikafir tetapi sekarang rela menjadikan kawan semata-mata kerana ingin sama-sama untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.
Kita menentang BN kerana namanya BN tetapi kita menentang BN kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan perlembagaan kafir, mengekalkan perlembagaan jahiliah.......,
Rumah ibadat kita adalah tempat kita menyembah Allah swt. Tempat kita sujud kepada Allah, janganlah sampai membenarkan orang bukan islam memijaknya kerana dikhuatiri kesucian tubuhnya dari segi syarak.
Pada saya penyatuan Melayu tidak akan dapat dilaksanakan pada masa ini kerana PAS tidak menyambutnya dengan tangan terbuka.Ternyata pemimpin PAS berdolak dalik dalam isu perpaduan Melayu. Mereka telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh Mufti Perak Tan Sri Harusani.
Apa yang dikatakan oleh Harusani adalah betul bila diamati keadaan politik semasa ini. Pemimpin-pemimpin Melayu sekarang tidak lagi mempedulikan lagi nasib orang Melayu. Barangkali ada setengah-setengah orang Melayu sendiri tidak mempedulikan nasib mereka. Orang Melayu sendiri tidak pentingkan dan tidak mempedulikan nasib orang Melayu. Sebab itulah barangkali mufti Perak memperkatakan begitu.
Tahniah kepada golongan agama yang bersedia untuk menyatukan UMNO dan PAS. Apa salahnya UMNO dan PAS bersatu kerana kedua-dua golongan ini adalah rata-ratanya orang Melayu/Bumiputera yang beragama Islam. Bersatu UMNO dan PAS adalah Bersatunya Islam.